Monday, July 31, 2006

Jom kita pakat boikot dia ..


Ni cerita lawak, pertama kali saya lihat ada peserta AF yang diboikot secara terang-terangan. Gambar ini diambil daripada Forum Cari. Satu topik khas untuk puak-puak ni yang dikenali sebagai KAFAN (Kelab Anti-Farhan). Kalau nak tahu kenapa dan mengapa, boleh klik link ni.

Tapi kalau nak ikutkan, AF tu patutnya diboikot secara keseluruhannya.

Anway, seluruh negara sedang dalam proses memboikot produk Israel. Marilah kita sama-sama JANGAN MENYUMBANG kepada Israel.

Untuk maklumat terkini Palestine dan serangan pada Lubnan, boleh lawati Pusat Informasi Palastine atau PalastineKini. Untuk senarai barangan Israel boleh rujuk senarai ini, dari Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) .

Kalau ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa Israel di Palestine, boleh lawat laman web ABIM atau pun JIM
Ada apa-apa nak komen?

No comments :