Sunday, September 19, 2010

Tadi pi kenduri Intan

Tadi pi kenduri Intan kat Dewan Polis Marin, Pulau Pinang. Bawak sekali Adam, Anas, Aisyah dan Fiyah. (Khadijah absent; dia ada dengan mak tok dia kat Lunas)

Bila tengok tetamu yang datang, baru aku tahu pasai apa si Ijan pakai baju kamih (orang melayu panggil jubah).

Intan dapat jodoh ustaz / pengasas Maahad tafsir Kampung Kastam. Ada dekat 40-50 orang budak tahfiz ikut sekali rombongan pengantin sambil dok selawat kot belakang. Satu keberkatan kepada keluarga tuan Syed Hassan Jamalulai. Tahniah. Semoga semuanya diberkati.

Presiden MAIPP Ustaz Elias Zakaria ada hadir untuk baca doa selamat.

.. sorry tak dak gambaq. terlupa nak bawak kamera + sibuk menjawab soalan tentang trilplet, tak dan nak mintak pinjam kamere orang.

Thanks to Wan Cik dan anaknya Nabila yang sudi jaga baby semasa majlis.

“Pada suatu ketika ada seorang lelaki datang menghadap Hasan bin Ali bin Abi Thalib, lalu berkata: Aku memiliki seorang anak wanita menurut pandanganmu, dengan siapakah anak wanitaku itu harus dinikahkan? Maka Hasan menjawab: ‘Kawinkahlah anakmu dengan lelaki yang bertaqwa kepada Allah Swt, jika ia mencintainya, ia akan menghormatinya dan jika ia tidak mencintainya, maka ia tak akan menganiaya’ (Fiqh Sunnah).

Tahniah Intan.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :