Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam
Artikel asal di : http://webblog.myjodoh.net/2007/05/09/87/
Ada apa-apa nak komen?
9 comments :
sgt bermakna...sy nk share link ni bleh???thanks
salam..mohon share ya.tq
Saya setuju dengan artikel ini.
Selalunya, bila orang tanya, saya akan jawab "doakanlah untuk saya". Semoga doa mereka dapat mempermudahkan dan membantu memperoleh pasangan yang baik, soleh dan memahami.
Kita tak akan tahu apa yang ALLAH dah rancang untuk kita. Cuma, kita kenalah yakin, bahawa ALLAH sedang merancang yang terbaik untuk kita.
Semoga kita semua diberkatiNYA.
minta utk share juga.tq
best...best
semuanya rahmat dari Allah..sy setuju..jwpn yg tepat..
xde calon...
mintak share kat facebook
bab merried nih..follow''
Post a Comment