Sunday, November 14, 2010

Meletakkan sesuatu pada tempatnya

Arwah mak cakap, kalau ambik sesuatu benda, lepaih pakai, letak balik kat tempat dia. setiap benda ada tempat dia.

Agaknya apakah akan jadi kalau semua buku kat perpustakaan tidak diletakkan semula ditempatnya setelah dibaca? Agaknya apa akan jadi kalau semua barang dalam rumah tidak diletakkan ditempatnya setelah dipakai?

Alamat bersepah dan bertimbun. Kena cari satu masa pulak untuk mengemas. Dah buang masa... Tapi biasanya orang yang tidak suka meletakkan benda pada tempatnya, memang tidak akan mengemas sampai bila-bila or at least hanya bila perlu saja.

Logiknya, kalau satu benda pun dia tak boleh nak letak di tempatnya, disebabkan bertangguh atau tiada masa .... inikan pulak 100 benda, lagi malas, lagi tiada masa.

Masa arwah mak cakap tu, saya masih kecil, suka letak tuala merata tempat lepas mandi. Ia sebenarnya adalah satu latihan untuk sesuatu yang lebih besar.

Tahukah anda? Syarak Islam mendefinisi zalim sebagai "tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya."

Rupanya arwah telah mengajar sesuatu yang lebih besar kepada saya secara tersirat.
Ada apa-apa nak komen?

2 comments :

chempaka said...

salam sejahtera,

teringat juga,arwah abah selalu pesan "letak lah sesuatu itu pada tempatnya", dulu2 anggap perkara biasa,tp bila usia mengenjak dewasa, & pelbagai yang di lalui, memang tepat, wajar sesuatu itu di letak di tempatnya,terutamanya dlm bab hati & perasaan, kasih dan sayang. Tq abah!

anis1812@yahoo.com said...

Salam
Baca arikel ni, teringat dengan arwah mak yang banyak memberi banyak kasih sayang dalam kemarahan dan perhatiannya pada kami adik beradik
Kini semua hanya tinggal kenangan dan moga rohnya sentiasa berada di kalangan orang2 yang beriman.
Ampuni anakmu ini atas segala kesilapan dan hanya Allah yang mampu memberi yang terbaik buat arwah yang sentiasa diingati selalu, Al Fatihah