Showing posts with label myjodoh. Show all posts
Showing posts with label myjodoh. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Cari Jodoh di Mencari Cinta Dot Com

Ini bukan site baru ... lama dah .. tapi tak menonjol sangat. dan ia percuma..

www.mencaricinta.com
Read More »

Wednesday, July 13, 2011

Teknik Mengenal Pasti Calon Yang Beragama ..

Kita telah sedia maklum bahawa Islam menyarankan mencari pasangan hidup yang beragama dan berakhlak baik. Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama?

Sebenarnya ia amat mudah. Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.

Malangnya, ramai mengambil mudah frasa “fardhu ain.”

Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori. Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Ada juga yang tidak tahu dan sedang berusaha memperbaiki diri.

Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, “Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya.” [1] Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain.

Justeru, wujud masyarakat Islam yang bersolat, berpuasa, tetapi masih melakukan maksiat. Thats why laa ..

Jadi, buka mata kita. Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap.bmukminin.gif

Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w.

Untuk itu, sama-samalah kita belajar teknik untuk bermujahadah dengan nafsu diri, kerana ia sebahagian daripada perkara yang perlu kita ketahui. Ia adalah fardhu ain.

Antara kitab-kitab yang menyatakan teknik-teknik ini adalah Bimbingan Mukminin. Kitab ini ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin yang telah disaring dan disemak semula oleh para ulama.[2]

Tassawuf Moden karangan Professor HAMKA juga membincangkan teknik-teknik ini dari perspektif masyarakat Islam moden.

Wallahu’alam.

asal: http://webblog.myjodoh.net/2007/07/22/teknik-mengenal-calon-yang-beragama/

Read More »

Si Dia Tidak Pandai Mengaji

Di ruangan kaunseling Dang Setia akhbar Metro Ahad, 5 Ogos 2007, seorang guru wanita telah menulis menyatakan kebingungannya terhadap calon suami yang tidak tahu mengaji Al-Quran. Menurut guru yang berusia 25 tahun itu, bakal suaminya pada luaran nampak sempurna tetapi baru-baru ini barulah diketahui bahawa beliau tidak lancar membaca dan masih belum khatam Al-Quran.

metroahad.jpg
Dang Setia memberi respon positif dengan memuji guru tersebut kerana mementingkan agama ketika memilih calon pasangan hidup. Beliau mencadangkan agar si lelaki mula mempelajari bacaan Al-Quran. Kesungguhan yang ditunjukkan untuk belajar boleh dijadikan penanda aras untuk menentukan nilai agama si lelaki. Seterusnya si guru boleh membuat keputusan untuk masa depan dirinya.

Pendapat Dang Setia benar. Seseorang yang belum mahir membaca Al-Quran seharusnya berusaha mempelajari bacaan Al-Quran. Bukan setakat membaca, malah jika mampu perlu mengkaji Al-Quran secara serius dan konsisten setiap hari. Walaupun mungkin masa yang diperuntukkan untuk pembacaan dan kajian sekadar setengah jam setiap sehari, ia perlu dilakukan berterusan. Aisyah r.a. pernah menyatakan bahawa, “amalan yang paling disukai oleh Rasulullah adalah amalan yang dikerjakan secara terus-menerus.” [1]

Artikel-artikel tentang kelebihan dan kehebatan Al-Quran pernah disiarkan sebelum ini. Secara keseluruhannya Al-Quran dapat mengeluarkan seseorang daripada kegelapan kepada kehidupan yang lebih bercahaya. Firman Allah di dalam surah Tallaq ayat 11, “(Diutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh – dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk).”

Al-Quran dapat memberi manfaat kepada pembacanya di dunia dan di akhirat. Di dalam sebuah riwayat Rasulullah telah berkata, “sesiapa yang pandai membaca Al-Quran ia akan dikumpulkan bersama para malaikat yang mulia. Sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi tersekat-sekat dan bersusah payah akan memperolehi dua pahala.” [2]

Menurut Sheikhul Hadith Muhammad Zakariyya, seseorang yang tersekat-sekat di dalam membaca Al-Quran akan mendapat dua ganjaran kerana dia telah menanggung susah payah di dalam mempelajari dan membaca Al-Quran. Namun, ini tidak bermaksud bahawa beliau akan memperoleh ganjaran melebihi orang yang mahir di dalam membaca Al-Quran. Ganjaran orang yang mahir adalah amat besar sehinggakan akan dikumpulkan bersama para malaikat. Justeru, jangan kita meninggalkan Al-Quran dengan alasan ia susah dibaca atau kerana bacaan kita tersekat-sekat.

Di dalam riwayat Tirmizi, Rasulullah telah berkata, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka dengannya ia memperoleh satu hasanah dan bagi satu hasanah itu bersamaan dengan sepuluh kali ganda pahala. Aku tidak berkata alif-lam-min itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf.” [3]

Di dalam riwayat lain oleh Ibnu Khuzaimah dan Hakim, Rasulullah telah berkata, “Sesiapa yang menjaga solat-solat fardhu tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang membaca seratus ayat pada satu malam tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai.” [4]

Namun, sebaik-baik pembacaan Al-Quran adalah apabila kita membaca sambil memahami maksud Al-Quran. Seterusnya mengamalkan apa yang diperintahkan oleh ayat-ayat yang kita fahami itu. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan orang yang tidak dapat dipisahkan dengan Al-Quran?

Wallahu’alam.

asal : http://webblog.myjodoh.net/2007/08/05/si-dia-tak-pandai-mengaji/
Read More »

Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah

Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba.
asal : http://webblog.myjodoh.net/2007/07/16/formula-mengubati-mulut-celupar-dari-rasulullah/
Read More »

Jangan kecewa apabila lamaran ditolak




Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.”
“Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah.

“Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab Ummu Kalthum.

Akhirnya Aisyah mengirim surat kepada Amru Bin Al-Ash agar Amru berusaha memalingkan keinginan Umar dari menikahi dengan adiknya. Umar kemudian berkahwin dengan anak Ali bin Abi Talib.

Di dalam Al-Farooq Umar, pakar biografi Dr Muhammad Hussein Haekal, mengisahkan riwayat yang serupa. Dengan tambahan selain Ummu Kalthum, Umar juga pernah meminang seorang wanita bernama Ummu Aban Binti Utbah. Kedua-dua wanita itu menolak pinangan beliau dengan alasan Umar adalah seorang yang kasar, sangat garang terhadap wanita, kedekut dan selalu bermasam muka.

Umar Al-Khattab adalah antara sahabat nabi yang terjamin syurga. Semasa pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menawan sebahagian besar jaziriyah Arab. Umar sangat berilmu sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menjadikan kebenaran pada lisan dan hati Umar.” Beliau juga seorang yang berwibawa di dalam kepimpinan, Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya selepasku ada nabi, sudah pasti Umar.” Namun, apabila insan kelas pertama ini meminang, pinangannya ditolak!

Justeru, jangan bersusah hati apabila pinangan anda tidak diterima. Si dia mungkin mempunyai alasan tersendiri yang tidak dapat anda fahami. Yang penting anda kenal dengan kehebatan diri anda.

Life goes on !

Wallahu’alam.
asal : http://webblog.myjodoh.net/2008/05/13/jangan-kecewa-apabila-lamaran-ditolak/
Read More »

Betulkah Anda Mengenali Si Dia?


Mereka yang pernah putus tunang (atau putus cinta) tentu sekali pernah menerima soalan seperti, “Kenapa boleh putus?”, “Siapa yang minta putus?” atau “Apa alasan yang dia bagi?” Namun, yang paling lazim adalah “Berapa lama dah kenal dengan dia?”

Betul tak?

Tidak dinafikan kita perlu mengenali seseorang sebelum menerimanya di dalam hidup, namun ia adalah mustahil untuk “betul-betul” mengenalinya. Beruntung kita kerana Umar Al-Khattab r.a. ada meninggalkan satu contoh tentang perihal “kenal” yang mungkin dapat kita jadikan panduan, InsyaAllah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Katsir di dalam Al-Irsyad bahwa di dalam suatu perbicaraan seorang lelaki telah tampil sebagai saksi bagi seseorang. Lelaki tersebut mendakwa beliau mengenali orang yang terlibat di dalam perbicaraan itu.

Umar Al-Khattab bertanya kepada lelaki tersebut, “apa yang engkau ketahui tentang dia?”

“Tentang keadilan dan kemuliaan,” jawab lelaki (yang ingin menjadi saksi) itu.

“Adakah dia jiran kamu, sehingga kamu mengetahui tentangnya baik di waktu siang atau pun malam?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia pernah bermuamalah (berniaga, bertansaksi) denganmu, sehingga dengan muamalah itu kamu mengetahui sejauh mana kewara’kannya (meninggalkan yang ragu-ragu) ?”, tanya Umar lagi.

“Tidak,” jawab lelaki itu.

“Adakah dia temanmu di dalam perjalanan sehingga engkau mengetahui kemuliaan akhlaknya?”, tanya Umar untuk kali ketiga.

“Tidak,” jawab lelaki itu lagi.

“Bererti engkau tidak mengenalinya.”, kata Umar. Lalu Umar menyuruh menampilkan saksi lain.

Wallahu’alam.

asal : http://webblog.myjodoh.net/2008/05/03/betulkah-anda-mengenali-si-dia/
Read More »

Pendapat Umar Al-Khattab Tentang Wanita



“Wanita ada tiga jenis. Pertama, wanita yang lemah lembut, iffah (menjaga kesuciannya), muslimah, penyayang dan selalu membantu suami. Jarang kita boleh mendapatkan wanita seperti ini. Kemudian, yang kedua, iaitu yang hanya menjadi tempat mengandung anak, tidak lebih daripada itu. Ketiga ialah wanita yang seperti belenggu, Allah kalungkan kepada oarang yang Dia kehendaki dan mencabutnya jika Dia menghendaki.”
- Abdurahman Asy Syarqawi, Umar The Conqueror, 2011. Yamani Angle Sdn. Bhd., Selangor, ms 476.



Asal : http://webblog.myjodoh.net/2011/07/11/pendapat-umar-al-khattab-tentang-wanita/
Read More »

Saturday, November 20, 2010

Kejayaan seorang lelaki kerana wanita yang menyokong di belakang

Mungkin anda pernah mendengar ungkapan lain yang seumpamanya, "kejayaan seorang suami adalah kerana isteri yang menyokong dari belakang .." .. dan lain-lain-lain ... yang mengaitkan kejayaan seorang lelaki dengan wanita yang menyokongnya.

Benarkah ini? Mungkin ia benar, mungkin tidak.

Namun dalam konteks sirah nabi, Rasulullah pernah bersabda, "Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Dia menolongku di saat orang-orang mengusirku. Dia mempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku." Kata-kata itu adalah pujian baginda kepada Khadijah. (maksud hadith)

Khadijah menyokong beliau di awal perkembangan Islam.

Persoalannya kedua, ungkapan di atas tu ditujukan kepada siapa ek?

Kepada si lelaki (atau suami atau anak lelaki) supaya jangan lupa jasa wanita ( atau isteri atau ibu) ?

Atau kepada si wanita (atau isteri atau ibu) untuk memberi sokongan kepada lelaki (atau suami atau anak lelaki) sehingga berjaya?

Pernah terfikir ?
Read More »

Kejayaan seorang lelaki kerana sokongan seorang wanita.

Mungkin anda pernah mendengar tajuk yang semaksud, "kejayaan seorang suami kerana isteri di belakangnya.." .. dan sebagainya.

Mungkin ia benar, mungkin ia tidak benar.

Namun daripada sirah nabawiah kita pelajari, kejaayaan dakwah Islam pada peringkat awal adalah kerana sokongan Khadijah r.a. terhadap Rasulullah.
Read More »

Friday, November 12, 2010

Jangan Kena Tipu Dengan Dr Faizal

Assalamu'alaikum,

By the time posting ini disiarkan, mungkin dah ramai pengguna myJodoh yang kena tipu dengan invididu yang mengaku sebagai Dr Faizal. Mungkin dia akan berdiam diri sebentar, tapi dah tentu dia akan muncul semula di mana-mana di tempat lain di internet. Justeru, posting ini dibuat di blogspot dan disebarkan ke group tertentu untuk peringatan umum.

Matlamat Penipuan:
- Ambik duit tabung haji mangsa dan juga barangan lain.

Risiko:
- Wanita bujang berusia 35 ke atas.
- Guru / Pensyarah

Modus Operandi:
- Mengaku sebagai Dr Faizal Iskandar Bin Abdul Ghani, umur 38-40 tahun.
- Mengaku dapat PhD dari Edinburgh
- Mengaku sedang mengajar di UPSI.
- Mengaku sebagai anak angkat menteri besar johor.
- Mengaku pulang ke Malaysia untuk mencari pasangan hidup.
- Mengaku mangsa adalah antara ramai-ramai calon yang dipilih oleh keluarga.
- Berjanji akan menghantar rombongan meminang.
- Berjumpa dengan keluarga mangsa.
- Akan melangsaikan semua hutang bank mangsa selepas kahwin dan bawa mangsa ke luar negara.
- Akan meminjam notebook, telefon bimbit .. dll
- Selalu dihubungi oleh Datin semasa mangsa "dating" (mungkin bukan datin pun)
- Datin akan menghadiahkan kereta kepada mangsa semasa bertunang.
- Akan pergi umrah selepas kahwin.
- Meminta mangsa membuka akaun Bank Islam (link dengan Tabung Haji)
- Mintak kad bank Islam untuk urusan tertentu. Memulangkan semula, tapi bukan kad mangsa.
- Akan memberikan kad kredit pendua kepada mangsa, senang nak beli barang hantaran.
- Mintak nombor PIN untuk didaftarkan ke kad kredit baru. Mangsa akan diminta memberikan nombor PIN bank Islam supaya mudah ingat. (Melalui telefon)
- Keluarkan duit tabung haji anda.

Laporan Polis
- Setakat yang saya tahu ada dua laporan polis dari pengguna myJodoh yang telah dibuat ke atas pengguna ini. Salah seorang yang di atas berkata, semasa laporan dibuat, beliau bukan kes pertama atau kedua atau ketiga.

Emel digunakan
- dr_faiz71@yahoo.com
- faidaiskandar26@yahoo.com
- mohamadradzi35@yahoo.com

Gambar
Tiada. Sesiapa yang ada, sila emel saya untuk diletakkan di sini.

Nombor telefon terakhir
- 0129130116

Profile myJodoh
- http://www.myjodoh.net/?mod=user_show&id=165931

Ip Terkakhir di myJodoh
- 120.141.9.21 (P1WMax) pada 2010-10-28 10:16:39

Komen Saya
Modus operandi yang disenaraikan di atas adalah yang terkini. Saya percaya sebelum ini modus operandi beliau lain. Saya dapat maklumat dari rakan internet sebelum ini beliau cenderung sebagai counselor di laman web tertentu. Tidak mustahil modus operandi akan berubah.

Kepada yang 'terkena' sila buat laporan polis dan maklumkan kepada saya (melalui blog ni pun boleh, emel pun boleh)

Kepada yang prihatin, mungkin boleh sebarkan maklumat ini di blog, FB, emel, egroup masing-masing sebagai peringatan.

Terima kasih.

--------------------------

Update 13th Nov 2010, from a friend ..

Muka ada sikit mcm artis raisuddin hamzah tapi memang tak handsome, mata besar & kemerah2an. sebelah mata kiri besar drp kanan. kulit sawo matang ke arah gelap mcm org Jawa. rambut pendek kerinting tercacak. bermisai & trademark bingkai spec putih yg contrast dgn warna kulit, pakai kasut putih. smoker.....suka bila lighter yg pelbagai & satu lagi lighter yg sebijik mcm kunci kereta mewah.....digunakan utk memperdayakan mangsa menunjukkan dia ada kereta merah dgn special plate & driver yg dikenali sebagai 'Pak Din'. Tapi tak pernah tunjuk kereta dia....naik kereta mangsa je. Mangsa kadang-kadang disuruh pick up at UPM.....tetapi bila sampai sana....suruh tunggu di luar pintu keluar UPM di Petronas Station.
Dalam telefon ada karektor 'mama', papa, bibik, nenek & Pak Din.
wajah usia dalam 42- 45 tahun. tinggi & kurus.
no. telefon dia ada byk sgt.........phone pun ada 2-3.....pun curi agaknya. semua no. prepaid.
paling terbaru sehingga 10 nov.
017 6025 298/ 019 2387 270
012 913 0116
017 6093 524
019 680 3829
012 9319 473
013 9036 895 (pernah ada perempuan yg menyamar sebagai ibu angkatnya....Prof Dr. Jamilah menelefon saya)

-------------------
Update 14th Nov 2010, from a friend ..

Ini sendiket laa bro ....kerja dua tiga orang. Jantan tu cuma pelakon utama, tapi mesti ada kaki dia......ada aku jumpa sorang awek kat YM kena, awek tu siap ada laki lagi. Nasib ko laa bro. Ini turn site ko plak dorang hinggap. Tapi aku rasa dorang nanti diam sekejap, lepas tu bila dah reda dia datang balik. So, aku ingat ko kena kasi warning ni permanent.

-------------------
Read More »

Monday, November 01, 2010

Kenapa masing membujang? Bila nak kahwin?

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”
Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam

Artikel asal di : http://webblog.myjodoh.net/2007/05/09/87/
Read More »

Tuesday, October 26, 2010

Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

(Gagau dari http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/khasiat-surah-al-waqiah/)
Read More »

Tuesday, August 11, 2009

Doa Cepat Jodoh & Doa Elak Kekecewaan

Assalamu’laikum,
Ikhtiar Penymbuhan Penyakit
Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.


Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Sumber http://webblog.myjodoh.net/2009/08/02/doa-cepat-jodoh-doa-putus-cinta-hati-kecewa/
Read More »

Monday, September 18, 2006

Jika dah memang betul sibuk ...

Ada di antara pengguna myJodoh yang memang sibuk sehingga tidak begitu berkesempatan menggunakan internet. Namun, keyakinan mereka terhadap myJodoh tetap ada. Saya bersyukur dan berterima kasih untuk itu.

Berdasarkan emel di sebelah. Sudah tentu, adalah memadai dengan anda berdaftar di myJodoh. Pendaftaran anda sebagai pengguna berbayar merupakan salah satu daripada usaha selain daripada apa yang pernah saya kemukakan.

Sememangnya telah menjadi tanggungjawab kami di myJodoh, khususnya saya sendiri untuk memastikan Maklumat Diri anda di myJodoh dijenguk oleh orang ramai. Anda boleh menyemaknya sendiri dari myJodoh "siapa mereka" yang menjenguk Maklumat Diri Anda.

Namun, saya cuma pinta dua perkara daripada anda yang benar-benar sibuk untuk melayari myJodoh. Pertama, jangan lupa paparkan nombor telefon anda, supaya mereka boleh terus menghubungi anda. Kedua, jangan lupa berdoa.

Menyentuh tentang doa, sesungguhnya Allah swt berfirman :

"..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. " Al-Baqarah : 186

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." Al-Mukmin:60

Berhubung dengan tatacara berdoa, Iman Al-Ghazali ada menggariskan beberapa langkah. Berikut merupakan penerangan ringkas yang saya sediakan untuk tatapan pintas anda.
  1. Menunggu waktu yang mulia dan sesuai.Antara waktu yang mulia dan sesuai ialah pada hari Arafah, sepanjang Ramadhan, hari Jumaat dan akhir malam.
  2. Serius ketika waktu itu tiba. Jangan mensia-siakannya.Kita harus menghargai waktu yang mulia itu dan memanfaatinya.
  3. Berdoa menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan.
    Umar ra berkata, "Rasulullah saw apabila mengangkat tangannya untuk berdoa, maka tidaklah akan kembalikannya dahulu kedua tangannya itu sehingga diusapkan ke wajahnya", hadith riwayat Tirmizi

    Ibnu Abbas menjelaskan, "Rasulullah saw apabila berdoa, selalu mengumpulkan kedua tapak tangannya dan bahagian dalam dari kedua tapak tangan itu dihadapkan di arah wajahnya. Inilah keadaan-keadaan tangannya dan beliau tidak pernah mengangkatkan pandangangannya ke langit."
  4. Perlahankan suara ketika berdoa, antara berbisik dan bercakap.
    "Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu." Al-Isra: 110
  5. Jangan memaksa diri mencantikan doa dengan menyusun kata-kata yang berbunga.Menurut Al-Ghazali, oleh kerana ada yang mengungkapkan kata-kata yang indah semasa berdoa sehinggakan tidak akan membawa kemaslahatan untuk dirinya sendiri. (Maslahat bermaksud interest dalam B. Inggeris.)
  6. Berdoa dengan rendah diri, khusyuk, penuh pengharapan dan takut.
  7. Mempunyai ketetapan hati.
    Ketetapan hati di sini bermaksud yakin bahawa doa itu akan makbul. Dalam bahasa modernnya jangan ada unsur .."kalau kau nak bagi .. bagi laa .. kalau tak nak bagi suuuuudah."

    Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam serta benar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan janganlah berkata: Ya Allah, jika Engkau kehendaki maka perkenankanlah kepada aku, kerana sesungguhnya Allah itu bukanlah kedekut. Sahih Muslim

    Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya. Sahih Muslim
  8. Bersungguh-sungguh memohonSebaik-baiknya diulangi tiga kali.
  9. Mulai berdoa dengan mengucapkan zikir dan pujian kepada Allah.Jangan tergesa-gesa berdoakan apa yang dikehendaki. Pujilah Allah swt tuhan sekalian alam. Bukalah doa dengan salawat ke atas Nabi saw dan tutuplah dengan salawat ke atas Nabi saw.

    Tahukah anda maksud salawat ?

    Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. Al-Ahzab:56

    Berhubung ayat di atas, Professor Dr. H. Mahmud Yunus berkata, "Salawat Allah kepada Muhammad bermaksud menumpahkan rahmat kepadanya. Salawat para malaikat adalah meminta rahmah dari Allah untuk Muhammad. Salawat manusia kepada Muhammad adalah memohon Allah menurunkan hujan rahmat kepada Muhammad."
  10. Mengerjakan Adab BatiniahDari no 1 sehingga no 9 di atas mungkin mudah bagi kita. Namun puncak doa kita termakbul adalah adab batiniah. Adab batiniah adalah bertaubat, memohon ampun. Menurut Al-Ghazali mengembalikan sesuatu yang berasal dari perbuatan zalim. Di sini bermaksud, jika kita pernah buat zalim dengan orang, maka patutlah kita mengembalikan hak mereka. Adab batiniah juga bermaksud menghadapkan hati dan jiwa kepada Allah dengan penuh perhatian.
Saya sendiri jika berdoa, saya akan mendoakan keampunan untuk diri, ibu bapa dan keluarga dan kemudiannya barulah disusuli dengan hajat.

Sempenan Ramadhan yang bakal menjelang ini, marilah kita sama-sama bersedia, bertaubat dan berdoa setiap hari sambil menghayati Ramadhan yang mulia.
Mudahan-mudahan tulisan ini memberi manfaat kepada anda semua.
Read More »

Terlalu sibuk mencari pasangan hidup

Bukan salah kita, semua ini terjadi kerana peredaran zaman. Pada zaman dahulu, sekitar 100 tahun dahulu, seorang gadis apabila telah mencecah usia 16 tahun, hampir kesemuanya telah berumahtangga.

Ibu bapa akan berusaha mencarikan pasangan untuk anak-anak mereka.

Setelah mereka berumahtangga maka tugas mereka berubah menjadi seorang suri rumah, isteri dan ibu.

Semua ini adalah berdasarkan kehendak agama Islam. Sepotong hadith Rasulullah saw riwayat Iman Ahmad dan Baihaqi "salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya, cepat pula mengandungnya dan ringan maharnya".

Masing-masing daripada ibubapa mencari keberkatan anak perempuan mereka, disamping tak sabar-sabar menimang cucu.

Masa beredar begitu cepat, setelah penjajah datang dan pergi. Negara semakin maju. Bidang pendidikan diberi penekanan yang hebat berdasarkan acuan penjajah. Kaum wanita menyertai kaum lelaki dalam semua aspek kehidupan. Wanita muka belajar tinggi, bekerjaya dan berkahwin pada usia 20-an. Trend ini berterusan.

Kalau dahulu, kerana terlalu ramai lulusan SPM, masing-masing mengejar diploma dari ITM. Apabila terlalu ramai diploma, kita mengejar ijazah. Apabila terlalu ramai berijazah, kita mengejar sarjana, apabila terlalu banyak bersarjana, kita mengejar kedoktoran. Apabila terlalu ramai yang berpangkat Doktor, kita akan mengejar kelayakkan profesional. Apabila telah habis semua kelayakkan profesional apalagi yang ada ?

Sedar-sedar, golongan ini masih belum berumahtangga. Begitulah kesilapan pemahaman terhadap menuntut ilmu.

Islam menganjurkan kita menuntut ilmu supaya ilmu itu dapat memberi manfaat kepada diri dan masyarakat. Namun, budaya "belajar rajin-rajin nanti dapat kerja elok-elok" telah memesongkan matlamat pencarian ilmu. Akhirnya, kita ke IPT untuk mendapat keputusan CGPA yang baik, ijazah yang baik dan pekerjaan yang baik.

Dan umur kita dah 27, baru bekerja, belum sempat membalas jasa ibu ayah, belum berkereta, belum habis bayar pinjaman PTPTA.
Read More »

Friday, September 15, 2006

Dilema seorang pencari jodoh ..

myJodoh boleh menjadi satu 'alat' yang berkemampuan tinggi, "a powerful tool" dalam bahasa inggeris, sekira penggunanya pandai menggunakan kelebihan yang ada pada myJodoh untuk mencapai hasrat.

Ia juga boleh menjadi laman web yang tidak mendatangkan faedah, sekiranya penggunanya tidak tahu mengambil kesempatan yang ada.

Saya pernah mengenali sepasangan pengantin myJodoh yang bertemu jodoh di sana. Mereka berkenalan, dua minggu selepas itu meminang dan seterusnya acara majlis kenduri. Jarak antara perkenalan dan majlis akad nikah adalah 7 minggu.

Si lelaki menjadi pengguna berbayar sebulan sebelum perkenalan itu, si perempuan menjadi pengguna berbayar setelah mendapat pesanan dari si lelaki.

Mungkin ada yang berkata, dah jodoh. Benar, memang jodoh mereka. Jika Allah swt mahu, maka bertemu dan berkahwinlah mereka. Jika tidak, maka sebaliknya.

Tetapi melalui perbualan dengan mereka, lelaki ini mempunyai perancangan. Beliau menghantar pesanan kepada sesiapa sahaja yang tengah online pada setiap malam untuk berkenalan. Alang-alang dah bayar, biar berkenalan dengan semua orang.

Dan si wanita tidak memilih, apabila 'dah ada' tu istikharah sahaja. Tuhan Maha Mengetahui. Perkenalkan kepada ibu bapa untuk minta pandangan. Sekarang ini mereka mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup itu.

Itu adalah contoh pengguna yang pandai menggunakan myJodoh. Mereka faham myJodoh adalah medium yang baik untuk mencari pasangan hidup lalu menggunakan myJodoh sebaik mungkin.

Sebenarnya terdapat ramai lagi individu sebegini di myJodoh. Kita tidak akan nampak mereka kerana mereka sentiasa berada di belakang, maklumlah .. orang tengah bercinta.

Siapa yang kenal dengan Kak Affah atau Ana ? Mereka berdua telah berjumpa pasangan masing-masing dalam masa yang singkat. Mereka tidak pernah muncul berchatting, berforum atau bersosial. Semua ini adalah ciri-ciri orang yang merancang.

Perlu diingat, Rasulullah saw tidak mendidik kita untuk semata-mata berdoa dan menanti. Rasulullah saw adalah insan yang mempunyai stratergi dan perancangan dalam semua hal, setelah itu baginda berdoa ... kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah swt.

Semua perang pada zaman hayat Rasulullah saw dilakukan dengan penuh stratergi. Rasulullah saw mengumpulkan para sahabat setiap kali untuk merancang bagaimana melawan musuh.

Apakah perlu seorang Rasul yang sentiasa mendapat pentunjuk untuk merancang bersama manusia-manusia lain. Baginda hanya perlu memberikan arahan dan perintah. Tak lain dan tak bukan kerana baginda cuba mendidik para sahabatnya merancang, melaksanakan rancangan dan berdoa serta berserah.

Kebanyakkan pengguna yang berasa kecewa dengan myJodoh adalah pengguna yang tidak merancang lebih awal. Mereka berniat, berhasrat tetapi tidak mempunyai perancangan khusus.

Mereka mempunyai ramai kawan tetapi bukan calon pasangan hidup. Atau, ramai calon pasangan hidup tetapi tiada satu pun yang ikhlas. Saya amat simpati kerana tidak dapat membantu. Semoga Allah memelihara mereka.

Lalu, apa rancangan anda di myJodoh ? Berapa ramaikah yang telah anda kenali melalui myJodoh ? Berapa ramaikah yang pernah mengecewakan anda atau berasa kecewa dengan anda? Mengapa mereka berasa kecewa dengan anda ? Adakah kerana sikap, rupa atau lain-lain ? Apakah langkah yang anda ambil untuk memperbaiki keadaan ? Apakah stratergi anda selepas itu ? ... dan banyak lagi.

Napolean Hill, adalah seorang pakar dalam bidang motivasi dan jualan di Amerika, beliau berpendapat yang semua orang harus menjual.

Seorang lelaki harus 'menjual' dirinya pada seorang wanita sekiranya dia berminat dengan wanita itu. Menjual di sini bererti, bagaimana lelaki itu menonjolkan diri, memperkenalkan diri, menunjukkan kebaikkan sehingga wanita itu tertarik ..

Bagaimanakah anda mencari dan dalam masa yang sama mencari dengan selamat !

Langkah-langkah ini ditulis khusus untuk pengguna wanita myJodoh :

Step 1 - Menghantar pesanan
Cuba kita fikir sejenak. Jika kita berada di sebuah "Shopping Complex" sekarang, mampukah kita pergi dari seorang .. ke seorang .. ke seorang .. untuk memperkenalkan diri, untuk berkenalan ? Tak mustahil, tapi payah dan bukan semua orang dapat melakukannya, muka kena betul-betul tebal.

Sekarang ini, bayangkan seluruh "Shopping Complex" itu hanya sebesar screen monitor anda sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah klik dan hantar pesanan. Wajah anda pula tidak kelihatan. "Dia jawab atau tak jawab, lantak pi laa kat dia." Mungkin dalam 20 orang .. katakan. Pasti ada yang menjawab, insyaAllah.

Tidak wujud isu perigi mencari timba di sini. Sebaik sahaja anda berdaftar di myJodoh, andalah perigi dan andalah timba.

Jika anda ingin menjadi perigi sahaja, lebih baik anda meminta pertolongan ibu bapa di rumah mencarikan timba untuk anda. Perigi mencari timba adalah peribasa Melayu yang berkait rapat masyarakat Melayu. Pada zaman dahulu, jodoh ibu bapa yang tentukan. Maka untuk menjadi perigi, kembalilah kepada asal-usul peribahasa itu, iaitu meminta ibu bapa menjodohkan.



Step 2 - Lakukan saringan ..
Setelah mendapat balasan pesanan-pesanan tadi, pada peringkat ini, anda harus mengenal pasti individu yang boleh pakai .. dengan yang tak boleh pakai.

Senang sahaja. Jangan sekali-kali memberikan apa-apa maklumat berhubung kepada mereka, sebaliknya ajak mereka menjadi pengguna berbayar. Banyak perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Lagipun, mereka yang telah berumahtangga tidak akan membazirkan duit untuk menyertai myJodoh. Mereka yang sanggup mengeluarkan wang menyertai myJodoh adalah mereka yang benar-benar bersungguh, seperti anda juga.

Jika sebelum ini anda tidak pernah meletakkan gambar di Maklumat Diri, jangan berikan gambar jika diminta oleh mereka.
Jika si dia berkata, myJodoh cekik darah, atau azrul cekik darah, buat apa jadi pengguna berbayar - anda boleh abaikan pengguna sebegini. Yang penting beliau tidak mencekik darah anda nanti.

Anda yang pernah mengalaminya pasti akan tahu sendiri, bagaimana dipermainkan, diperbodohkan, ditipu, masa dan wang habis dan akhirnya dia menyepi.

Daripada 20 orang ini, biasanya ada seorang dua sahaja yang mungkin betul-betul berminat dengan anda dan upgrade jadi pengguna berbayar.

Sekali lagi, biasanya mereka yang menjadi pengguna berbayar adalah mereka yang bersungguh-sungguh. Sekarang kita check identiti mereka .... kerana walaupun bersungguh, tetapi tidak semua jujur.

Step 3 - Kasi nombor telefonAnda boleh meninggalkan myJodoh setakat ini jika anda mahu. Atau ulang semula Step 1 untuk mendapatkan kenalan seorang lagi.. atau dua lagi ... atau tiga lagi.

Setelah mereka menjadi pengguna berbayar, anda boleh berikan nombor telefon, alamat emel dan sebagainya untuk berkenalan. Perkara-perkara yang perlu anda selidik tentang mereka adalah :

Hari (1)
- nama penuh dan nama panggilan; supaya lebih mesra
- tempat kerja; untuk rujukan
- jawatan apa; untuk rujukan
- tinggal dengan siapa; dengan keluarga adalah paling baik.
- dari mana tahu tentang myJodoh; kalau dari kawan-kawan yg dah kahwin adalah paling baik.
- selalu online dari mana ?
- dah ramaikah yang dikenali melalui myJodoh; kalau ramai adalah paling baik ... sebab senang kita nak selidik tentang mereka.
- kalau ramai, pernah keluar dengan siapa ?; kalau tak ada paling baik.
- dan soalan-soalan lain.


Hari (2)
Di cadangkan anda telefon pada waktu lepas Isyak dalam jam 9 hingga 10.30. Jangan SMS.

Pada waktu ini, seorang wanita biasanya sedang mencuci baju atau menonton TV. Seorang mat lepak, tengah lepak di kedai kopi. Seorang workoholic masih dalam perjalanan pulang. Seorang mat masjid pasti tidak akan angkat telefon (jika di masjid lagi), dia akan telefon anda semula selepas itu. Seorang suami orang, biasanya tidak akan menjawab panggilan, sebab takut isteri tahu. Seorang yang sudah mempunyai teman istimewa juga tidak akan menjawab jika teman istimewanya berada di situ.

Sekiranya anda dapat bercakap. Nyatakan sahaja, anda sekadar bertanya khabar, mengucap selamat malam. Si dia di sana sudah tentu menghargai anda.

Hari (3)
Jika semalam tiada masalah, hari ketiga telefon atau sms pada waktu pagi. Kita boleh tahu jika individu itu kaki tidur atau bangun menunaikan solat subuh atau bagaimana beliau memulakan rutin harian setiap hari. Anda juga boleh mula bercakap soalan kegemaran, minat, keluarga dan itu dan ini pada hari yang sama.

Jika semalam menimbulkan keraguan, anda perlu bertanya untuk mendapat penjelasan. Jika panggilan anda masih tidak terjawab dan sms tidak terbalas sms, saya syorkan anda berhenti di sini sahaja, kita semua mempunyai harga diri.


Hari (4)
Anda boleh mula selidik sama ada beliau sudah ada teman istimewa atau tidak. Anda boleh bertanya tentang si dia di BBS wanita myJodoh.

Anda juga harus selidik sama ada dia sudah beristeri, tetapi isteri dalam pantang. Biasanya seorang lelaki yang telah beristeri mampu mengatasi semua 'test' di atas kerana isterinya tiada di sisi, anak-anak juga dihantar pulang ke kampung. Pada saat ini, mereka ada orang bujang.
Di sini pentingnya fungsi BBS Wanita myJodoh.
Pada saat ini, anda juga boleh bertanya, "ni ... dah kahwin ker belum ...?".

Anda juga boleh merancang untuk berjumpa sekiranya respon positif.

Hari berjumpa
Sembanglah sampai puas. Ulang semula semua yang pernah anda tanya. Pastikan jawapan adalah serupa. Kalau lain, memang ada masalah kejujuran.

Hari mendiamkan diri
Banyak perhubungan gagal di sini. Ramai yang diam-diam-diam-diam dan terus sepi, walaupun di dalam hati sudah menyukai.

Sepatutnya si lelaki yang akan menghantar sekurang-kurangnya SMS. Tetapi jika tidak, perempuanlah yang kena hantar.

Caranya senang, setelah berjumpa, setelah sampai rumah, jika anda rasa suka, jangan berdiam diri.

Sebaliknya tanyalah "dah sampai rumah ker belum ... saya dah sampai dah ni". Jika ada jawapan baik ... bermaksud ada harapan. Nanti kita bincangkan dalam artikel lain pula.

Jika tiada .. abaikan sahaja, saya syorkan anda berhenti di sini.

Mungkin dia tidak berminat dengan anda.

Sebab itulah dari awal tadi saya nasihatkan lakukan Step 1 dan step 2 berkali kali. Sebabnya, ramai yang akan berasa kecewa pada peringkat ini dan berkata, "aku pernah join myJodoh dulu , tetapi mengarut, ajak jumpa sekali lepas tu terus diam." .. dan selepas tu anda sudah hilang minat untuk mencari lain.

Jika anda terlebih dahulu mengenal pasti beberapa orang calon, anda tidak akan berasa kecewa langsung, jika ada di antara mereka yang tidak sudi dengan anda.

Menjadi Lebih Serius
Selepas itu bolehlah anda menjalinkan hubungan yang seterusnya. Nanti kita akan bincangkan kemudian.

Awas- Untuk wanita awasi wang dan kad kredit anda. Jika dia meminta, janganlah berikan atau pinjamkan.
- Sekiranya si dia menyentuh tentang seks ... anda boleh abaikan sahaja lelaki begitu. Melainkan anda sendiri memilih untuk memberi respon, mereka tidak akan bertindak dan berasa malu dengan diri sendiri.
Read More »

Wednesday, September 13, 2006

Bagaimana kalau si dia curang ?



Saya menerima satu sms pada suatu pagi. Seorang wanita meminta saya mengeluarkan nama tunangnya dari myJodoh. Tanpa menanyakan siapa tunangnya itu, bagaimana dia tahu, saya menidakkan dengan baik.

Bukan kerana tidak kasihan, tetapi kerana itu sememangnya polisi yang saya amalkan. Anda berdaftar, anda bernyah-daftar, anda yang lakukan sendiri. Tiada pihak lain yang akan terlibat, melainkan jika anda memang dikehendaki oleh pihak berkuasa, maka terpaksalah siapa yang bertugas di myJodoh pada hari itu memberi kerjasama.

Sejurus selepas itu beliau membalas dengan kata-kata keras, mengecam myJodoh sebagai tempat 'merobohkan masjid' dan bukannya membina masjid. Beliau menyuruh saya agar lebih prihatin dalam meneliti orang yang menyertai myJodoh.

Saya tahu beliau sedang marah, saya menasihati beliau dengan baik. Alhamdulillah, beliau dapat menerima.

Sebenarnya bukanlah satu perkara baru jika terdapat suami curang, tunang curang atau isteri curang di myJodoh. Malah bukan sahaja di myJodoh, kita dapat menjumpai mereka di mana-mana di dalam internet.

Semua ini terpulang kepada diri individu itu sendiri. myJodoh adalah salah satu laman daripada berjuta-juta laman web pencari jodoh di seluruh dunia.

Sekiranya saya menutup terus myJodoh semata-mata ingin 'membantu' wanita itu, jika tunanganya mahu, tunangnya boleh mendaftar di laman web lain.

Tetapi sekiranya tunangnya adalah seorang yang setia dalam penetapan pasangan hidup. Sudah tentu, jika diberi sejuta lagi laman web seperti myJodoh, dia tidak akan tergerak hati untuk melibatkan diri.

Ia bukanlah satu masalah kecil atau perkara biasa yang boleh dipandang remeh. Tetapi pendekatan untuk mengatasi masalah ini tidaklah begitu rumit.

Sebenarnya perkara ini adalah mudah sekiranya kita hidup kerana Allah swt. Kita harus belajar menerima segala yang Allah swt berikan. Kita mohon jauhi perkara yang buruk. Perjalanan hidup kita ini adalah terlalu singkat untuk kita bermain-main atau melayani perasaan.

Jika kita menonton filem Hindustan, si hero atau heroin akan menangis-nangis meratapi kekasihnya apabila perpisahan berlaku. Atau pun cerita Korea Winter Sonata yang memilukan apabila Jun-sang terlibat dalam kemalangan lalu lupa ingatan. Atau pun P. Ramlee yang menikam matanya sehingga buta kerana kesedihan dalam Ibu Mertuaku- kita harus ingat, itu adalah lakonan dan khayalan.

Dunia sebenar tidak begitu, kehidupan kita tidak ada muzik latar ketika kita suka dan duka. Kehidupan kita adalah untuk diri kita sahaja, ia tidak akan di sebut-sebut seperti filem-filem itu dari mulut ke mulut. Kita harus sedar semua ini.

Seorang wanita yang berjalan di pantai, menendang-nendang pasir, mulutnya menyanyikan lagu pilu, wajahnya sedih, pergerakkannya perlahan dan pandanganya jauh. Pada kita, dia sedang berjalan-jalan dan bersiar-siar, menikmati alam, mungkin menenangkan fikiran dan melupakan kekusutan. Tetapi pada dirinya, dia sedang melakonkan video-clip di alamnya sendiri.

Tiba-tiba datang seorang lelaki kebetulan di situ dan bertanya "hai .. boleh berkenalan ?", beliau tersenyum. Wajah sedih bertukar ceria. Semua kedukaan di wajah tiba-tiba hilang begitu sahaja, kerana beliau sedari rupanya video-clipnya sedang ditonton, mendapat perhatian. Kedua-duanya terus berkenalan. Artis telah bertemu peminat.

Semua itu adalah khayalan dan ia memudaratkan. Khayalanlah yang membuat banyak empayar-empayar besar terdahulu jatuh. Khayalan juga mampu membuat diri kita jatuh.

Kecintaan kita kepada seseorang tidak boleh melebihi kecintaan kita kepada tuhan, kepada Rasulullah saw. Sekiranya anda boleh menitiskan air mata kerana kehilangan kekasih yang tersayang, bolehkah kita tersesak-esak dan tersedu dengan perasaan yang serupa ketika meneliti Sirah Nabawi, membaca bagaimana susahnya Rasulullah saw berusaha menyampaikan dakwah, mengenang saat wafatnya Nabi.

Ada. Mungkin tak ramai. Mereka yang mampu menitiskan air mata ketika mengenang Rasulullah saw adalah mereka yang tidak hirau lagi dengan kekurangan dan kehilangan di dunia, apatah lagi kehilangan seorang kekasih yang boleh dicari ganti.

Sekiranya kita berusaha untuk menghayati dan mendalami Islam, menyayangi Rasulullah saw, mencintai Allah. Dengan izinNya kita tidak akan mudah melatah dalam hal-hal sebegini.

Saya mengenali seorang lelaki yang pernah beristeri dua. Namun selepas itu isteri keduanya telah diceraikan. Yang menarik perhatian saya adalah gelagat isteri pertamanya, yang mengikut ceritanya, hanya berdiam diri dan meningkatkan ibadah setiap hari ketika perkara itu berlaku.

Pergaduhan hanya berlaku pada peringkat awal. Selepas itu isteri pertamanya itu sedar yang dirinya tidak lagi lawa, tidak lagi mampu memberi keseronokkan kepada suami. Dia bertindak mengubah dirinya, bukan menjadi pesaing madunya tetapi berubah mendekati Allah dan RasulNya. Hidupnya menjadi lebih bahagia.

Akhirnya, keseronokkan yang dicari oleh sang suami pada isteri mudanya telah kehabisan. Dia mula mencari wanita ketiga. Tetapi mengikut katanya, dia merasa bahagia apabila pulang ke rumah isteri pertama setiap minggu. Ternyata bahagia dan keseronokkan adalah dua perkara yang berbeza dan kebahagiaan hanya boleh dicapai apabila kita mencintai agama kita.

Dengan kudrat tuhan, akhirnya dia berpisah dengan isteri mudanya, kerana sebab-sebab tertentu yang tak perlu saya ceritakan. Hari ini lelaki itu adalah seorang suami dan bapa yang penyayang. Semua itu terbit dari diri seorang wanita yang membahagiakan.

Pendekkata, sekiranya ada di antara isteri atau tunang yang menghadapi masalah sedemikian. Mohonlah ampun kepada Allah banyak-banyak, belajar mencintai Islam, Allah dan RasulNya. Lupakan diri si dia seketika, mulalah membaca kitab suci sebagai mengisi masa.

Sekiranya bercita-cita untuk menjurus kepada perkara kurafat, bomoh, sihir dan sebagainya, batalkan sahaja niat anda. Sebaliknya tanamkanlah cita-cita untuk berdoa di hadapan Kaabah. Nescaya di sana lebih berkat dan mustajab. Berusahalah ke arah itu. Mudah-mudahan apabila anda sampai ke sana anda tidak lagi mengingati si dia.

Kemudian dalam masa yang sama berbincanglah dengan si dia, nasihatilah si dia dan biarkan si dia dengan dunianya.

Sekiranya si dia insaf, ikhlas memohon maaf, maka maafkanlah dirinya dan terimalah dia kembali dengan baik. Bersyukurlah kerana dugaan Allah telah tamat.

Sekiranya ditakdirkan kita berpisahnya dengan pasangan kita itu, terimalah dengan hati yang terbuka. Kerana kehilangan dirinya telah diganti dengan iman di dada.
Read More »

Friday, September 08, 2006

Saya menerima satu sms pagi tadi. Seorang wanita meminta saya mengeluarkan nama tunangnya dari myJodoh. Tanpa menanyakan siapa tunangnya itu, saya menidakkan dengan baik.

Bukan kerana tidak kasihan, tetapi kerana itu sememangnya polisi yang saya amalkan. Anda berdaftar, anda bernyah-daftar, anda yang lakukan sendiri. Tiada pihak lain yang akan terlibat, melainkan jika anda memang dikendaki oleh pihak berkuasa, maka terpaksa yang memberi kerjasama.

Sejurus selepas itu beliau membalas dengan kata-kata keras, mengecam myJodoh sebagai tempat 'merobohkan masjid' dan bukannya membina masjid. Beliau menyuruh saya agar lebih prihatin dalam meneliti orang yang menyertai myJodoh.

Saya tahu beliau sedang marah, saya menasihati beliau dengan baik. Alhamdulillah, beliau dapat menerima.

Sebenarnya bukanlah satu perkara baru jika terdapat suami curang, tunang curang atau isteri curang di myJodoh. Malah bukan sahaja di myJodoh, kita dapat menjumpai mereka di mana-mana di dalam internet.

Mereka kecewa dan tidak dapat menerima kelemahan yang ada dengan pasangan sendiri, lalu mencari keseronokkan di luar pengetahuan pasangan.

Keseronokkan tidak semestinya datang daripada berpesta dan berhibur. Keseronokkan boleh timbul juga dengan aktiviti bersembang dengan orang ketiga. Berkongsi cerita, berkongsi telinga, berkongi rahsia-rahsia peribadi, berkongsi kisah di ranjang.

Rasulullah saw bersabda, "Semua amalan bermula dengan niat.." dan niat saya membina myJodoh bukan untuk semua tujuan negatif itu. myJodoh mempunyai niat yang baik. Jika dahulu manusia berjalan, lalu berkereta, kemudian terbang dalam revolusi pengangkutan, begitulah revolusi pencarian pasangan hidup.
Read More »

Friday, August 11, 2006

Siapa Lebih Bahagia ?

"Mummy why daddy want to marry again.." antara baris laporan temuduga wartawan Nona, Kiffy dengan Tengku Zawyah dan anak-anaknya.

Daripada gambar dan laporan dalam majalah Nona itu, ternyata Tengku Zawyah adalah seorang manusia biasa, berkarisma dan lawa. Beliau juga seorang dari keturunan karabat raja Kedah, pernah berkhidmat dalam bidang pendidikan. Beliau juga seorang ibu yang dikasihi oleh anak-anak.

Dan mengikut buku "Kalau Jodoh Tak Ke Mana", beliau telah diceraikan oleh Dato K atas alasan derhaka kepada suami.

Tertanya-tanya dalam hati ini dua persoalan.

Jika tidak wujud Siti, adakah Dato K akan menceraikan isterinya .... atau sekadar memaafkan ? Ini kerana kedua-duanya telah berumah tangga sekian lama, anak-anak telah pun membesar. Tidak mungkin kemaafan adalah sesuatu yang asing dalam perkahwinan yang dikira telah matang.

Pernah atau tidak Siti terfikir jika dirinya berada di tempat Zawyah sekarang ? Bukankah wanita lebih memahami isi hati wanita? Ke mana keikhlasan Siti yang selama ini ditonjolkan? Secara tak langsung runtuh kredibiliti yang dibina sejak awal karier beliau.

Sungguh menghairankan penyanyi pujaan No 1 Malaysia, yang dijaga rapi, dikawal ketat, dihalang untuk berlakon filem, akhirnya menjadi salah-satu sebab perpisahan rumahtangga orang lain. Bagaimana beliau dapat hidup bahagia dengan menyedari hakikat ini ?

Dato K sendiri, sudah tentu beliau menghadapi tekanan dari semua pihak. Lebih-lebih lagi anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Bolehkah beliau mengimbangkan antara isteri muda dan anak-anak. Bolehkah beliau menikmati kebahagian sebagai seorang ayah?

Anak-anak sendiri pula terpaksa menerima semua ini walaupun mereka belum mengerti. Penceraian akan memberi kesan negatif kepada remaja atau kanak-kanak. Banyak kajian menunjukkan kebanyakkan anak-anak yang mempunyai ibu-bapa yang bercerai akan membesar sebagai individu "bermasalah".

Berkata Dato K di media, perpisahan ini tiada kaitan dengan kehadiran Siti. Mungkin statement itu dapat menipu anak bongsu Tengku Zawyah. Tetapi jika dikaji secara forensik, kronologi penceraian Dato K berlaku selepas perkenalan dengan Siti. Malah tuntutan di mahkamah baru sahaja selesai.

Mungkin tak perlu dirisau pasal Siti atau Dato K. Semoga mereka berbahagia sehendakNya. Tetapi kasihan Zawyah, sebab di Malaysia sekarang dah tambah seorang lagi janda.

Justeru, jika dilihat dari kaca mata burung, siapakah yang lebih bahagia ?
Read More »