Tuesday, May 31, 2005

Al-Hadith : 435

Diberitahu oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi, saw masuk ke dalam masjid, kemudian masuk pula seorang lelaki lalu solat. Selesai solat, orang itu datang dan memberi salam kepada Nabi saw.

Nabi menolak orang itu dan berasabda, "Ulangilah solat kamu kembali kerana kamu belum solat"

Lalu diulanginya solatnya kembali, kemudian dia datang dan memberi salam kepada nabi.
Sabda Nabi saw, "Ulangi solat kamu kembali, kerana anda belum solat." Sampai tiga kali Nabi saw menyuruh orang itu demikian.

Jawab orang itu, "Demi Allah, yang telah mengutuskan anda dengan yang hak. Aku belum tahu cara solat yang lebih baik daripada yang itu. Kerana itu ajarkanlah kepadaku."

Jawab Nabi saw, "Apabila kamu berdiri hendak bersolat, ucapkanlah takbir. Kemudian baca ayat-ayat Al Quran yang mudah bagimu. Kemudian rukuk sehingga kamu tenang dalam rukuk itu, kemudian bangun dan berdiri lurus kembali. Sesudah itu sujud sehingga kamu tenang di dalam sujudmu itu. Sesudah itu bangun, duduk, sehingga kamu tenang tenteram dalam dudukmu itu. Kemudian sujud, sehingga kamu tenang dalam sujudmu itu. Lakukanlah seperti itu setiap kali kamu solat."

Sahih Bukhari I, Kitab Adzan.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :