Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah

Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba.
asal : http://webblog.myjodoh.net/2007/07/16/formula-mengubati-mulut-celupar-dari-rasulullah/
Read More »

Wednesday, October 20, 2010

Zikrullah ...


Tak tau laa sapa buat carta ni .. tap ia nampak baik dan bersumberkan hadith.
Gagau kat blog sahabat ni ..http://lujnahtarbiah.blogspot.com/
Read More »

Tuesday, October 05, 2010

Ceramah Sheikh Tariq Appleby di IPSI, Penang, 28hb Oktober 2010


IPSI akan mengadakan ceramah yang bertajuk "Prophet Muhammad saw - Mercy To The World" pada 28 Oktober 2010 ini bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang. Jam 8 Malam.

Penceramah jemputan adalah
Sheikh Tariq Appleby. Beliau dilahirkan di Cape Town, Africa. Mempunyai campuran bangsa Melayu, India dan Inggeris. Seorang graduan Universiti Madinah.

Maklumat lanjut tentang beliau
"Sesiapa yang pergi menuntut ilmu, Allah akan melorongkan untuknya laluan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu kerana sayangnya para malaikat kepada para penuntut ilmu itu."

(Riwayat Ahmad no.18577, al-Tirmizi no.2898, Abu Daud no.3643, Ibn Majah no. 228)


Maklumat lanjut tentang program ini sila lawati laman IPSI
Read More »

Monday, October 04, 2010

Jadual Kuliah Ustaz Shamsuri: Oktober 2010


Jadual kuliah Dato (Ustaz) Shamsuri Hj Ahmad

Oktober 2010

18 - Oct : Masjid Taman Brown, P. Pinang
19 - Oct : Masjid Bandar Darul Aman, Jitra
25- Oct : Masjid Negeri Pulau Pinang
26 - Oct : Masjid Padang Temusu, Seberang Perai Pulau Pinang
27 - Oct : Surau Lakehomes, Kepala Batas, P. Pinang.
Read More »

Wednesday, September 29, 2010

Ensiklopedia Hadith : Terjemahan 9 kitab hadith

Kalau dahulu ramai di antara kita yang memiliki maktabah syamila, kompilasi lebih 2000 kitab dalam bentuk digital yang memudahkan kita mencari maklumat berkaitan dengan Al-Quran, Hadith, Fekah dan sebagainya.

Tapi bak kata Sudin di dalam Pendekar Bujang Lapok, ".. dia tulis Araab."



Maktabah Syamila adalah perisian dalam bahasa arab, siapa ada asas arab boleh pakai. Tak dak, kena belajaq.



Now, there's a software called "Ensklopedia Hadith." Ia mengandungi terjemahan 9 kitab hadith. Terjemahan Arab -> Indonesia .. And its not free of cause.

Antara kitab yang diterjemahkan :
  1. Shahih Bukhari
  2. Shahih Muslim
  3. Sunan abu Daud
  4. Sunan Tirmidzi
  5. Sunan Nasaie
  6. Sunan Ibnu Majah
  7. Musnad Ahmad
  8. Muwatho' Imam Malik
  9. Sunan Darimi
So, after this nanti lagi ramai laa pulak yang jadi "Imam hadith melayu." Mana tidak, senang cari hadith, senang copy dan senang guna sebagai bahan untuk berdebat. Mudah-mudahan ia tidak berlaku lagu tu.

Huhuhu ... jangan sampai lagi banyak maklumat kita dapat, lagi bodohkita jadi.

Anyway, sayang, koleksi ini tidak mengandungi terjemahan riwayat Ibn Hibban atau Jamii Saghir

For detail
Read More »

Ensiklopedia Hadith : Terjemahan 9 kitab hadith

Kalau dahulu ramai di antara kita yang memiliki maktabah syamila, kompilasi kitab-kitab dalam bentuk digital yang memudahkan kita mencari maklumat berkaitan dengan Al-Quran, Hadith, Fekah dan sebagainya
Read More »

Sunday, September 19, 2010

Siapa Nak RM1.7 juta, sila klik sini ...


IPSI sedang mencari dana bernilai RM 1.7 juta untuk membeli bangunan ini. IPSI merupakan sebuah organisasi yang banyak membantu mengislamkan ramai non muslim di Malaysia, khusus Pulau Pinang. Antara penggerak utama IPSI adalah bro Kamarudin Abdullah.

Maklumat Lanjut Kutipan Dana

Sekarang ni IPSI beroperasi dari bangunan NGO di Kompleks Masyarakat Penyayang, negeri Pulau Pinang. Mereka bercadang mengorak langkah baru ...

Rasulullah bersabda ... Anak Adam itu berkata, Hartaku ! Hartaku ! Padahal harta yang benar-benar menjadi milikmu itu, wahai anak Adam, ialah apa-apa yang engkau makan, lalu engkau habiskan. Apa-apa yang engkau pakai, lalu engkau rosakkan. Apa-apa yang engkau sedekahkan, lalu tetap menjadi milik kamu. (sumber)
Jadi sapa-sapa ada RM1.7 juta bolehlah derma, nanti kat akhirat boleh laa dapat balik RM1.7 juta tu balik.
Read More »

Friday, August 14, 2009

"Firman Allah di dalam surah Ar-R'ad 35 ayat , "Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka."

Kadang-kadang aku terfikir, setelah seorang itu bertukus lukus bermujahadah, beramal dan beribadat untuk tuhan, kenapa tuhan tempatkan dia di dalam taman dan tepi sungai? Kenapa tuhan tidak tempatkan dia di dalam bangunan macam Buruj Dubai tu? Atau banyak tempat yang "best" lagi yang tuhan boleh tempatkan, tetapi kenapa apabila disebut syurga, mesti juga disebut sungai.

Jadi aku sentiasa mencari tempat yang ada kebun yang menghijau dan ada sungai kerana jawapannya ada di sana. Subhanallah, kombinasi kehijauan dan air yang mengalir sentiasa mewujudkan rasa sejuk, rasa damai, rasa segar. Antara tempat-tempat yang wujud keadaan demikian adalah kat Cameron Highland ni laaa ... (ini jer tempat aku mampu sampai)

Tapi semua ini hanyalah dunia. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: "Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir".

Agaknya macam mana laa yer Cameron Highland kat syurga tu yer?

Mudah-mudahan anda dan saya yang baca artikel ni nanti pi sana tengok sendiri.
Read More »

Tuesday, August 11, 2009

Doa Cepat Jodoh & Doa Elak Kekecewaan

Assalamu’laikum,
Ikhtiar Penymbuhan Penyakit
Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.


Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Sumber http://webblog.myjodoh.net/2009/08/02/doa-cepat-jodoh-doa-putus-cinta-hati-kecewa/
Read More »

Wednesday, October 04, 2006

Solat Yang Berkualiti


Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat juga merupakan tiang agama. Allah swt berfirman "Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." An-Nisa:103

Dalam menghiasi Ramadhan ini dengan pelbagai aktiviti mencari pahala, telah menjadi amalan umat Islam di negara ini untuk menunaikan solat sunat Terawih secara berjemaah.

Solat sunat Terawih mula didirikan oleh Rasullulah saw ketika Ramadhan. Pada peringkat awal, apabila orang ramai melihat baginda bersolat di masjid, baginda hanya membiarkan sahaja. Apabila seorang dua mengikut, baginda juga membiarkan sahaja. Tetapi di hari-hari berikutnya, apabila semakin ramai yang mengikut, baginda lalu berhenti dan hanya solat berseorangan di rumah selepas itu.

Baginda takut Terawih akan dianggap sebagai satu kemestian, lalu memberatkan sesetangah orang. Rakaat yang baginda laksanakan hanyalah 8. Solat Terawih mula didirikan secara berjemaah bermula dari zaman Khalifah Umar ra. Pada zaman Khalifah Ali ra, solat tersebut telah ditambah sehingga 20 rakaat.

Mengikut apa yang disyorkan oleh kerajaan Malaysia, setiap masjid digalakkan mendirikan solat jemaah sunat Terawih sehingga 20 rakaat.

Sebenarnya tidak menjadi masalah berapa rakaat Terawih itu, asalkan di dalam kemampuan. Walaupun Terawih boleh dilakukan bersendirian, namun solat berjemaah mempunyai kelebihan sebanyak 27 darjat dari solat berseorangan.

Hari ini telah masuk 12 Ramadhan dan 13 kali solat jemaah sunat Terawih dilakukan di seluruh negara. Ada juga budaya "amat buruk" di sesetengah tempat untuk berlumba-lumba dalam mempercepatkan solat sunat terawih. Lagi cepat habis 20 rakaat lagi baik, kalau boleh sebelum pukul 10 malam. Akibatnya solat-solat yang dilakukan tidak berkualiti.

Amalan yang tidak berkualiti belum tentu diterima oleh Allah. Pernahkah terfikir kemungkinan sekiranya kita bersolat sehingga 20 rakaat, terkejar-kejar masa, tetapi Allah tidak menerima satu rakaat pun.

Sabda Rasulullah saw, "Banyak sekali orang mendirikan solat, tetapi tiada bahagian yang diperolehi daripada solatnya melainkan lelah dan payah semata-mata" Riwayat Nasai dan Ibnu Majah.

Solat merupakan satu-satunya medium untuk kita berkomunikasi dengan tuhan yang dicintai. Kenapa perlu tergesa-gesa meninggalkan kekasih hati? Ke manakah yang lebih penting dari berhadapan dengan tuhan pencipta?

Ramadhan merupakan rahmat dari Allah. Manusia yang bijak akan menggunakan Ramadhan sebagai bulan untuk menyucikan diri dengan mendekatkan diri dengan Allah. Dan sedekat-dekat seseorang itu dengan tuhannya adalah ketika di dalam sujud. Ini merupakan saat emas yang patut dimanfaatkan oleh orang yang bersolat. Sujud yang berkualiti merupakan salah satu elemen dalam melahirkan solat yang berkualiti.

Solat-solat yang berkualiti dapat mencegah seseorang daripada kejahatan. Ia akan terjadi secara 'automatik' pada diri seseorang apabila seseorang itu mula berjaya mendirikan solat yang berkualiti.

Sabda Rasulullah saw, "Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat mencegahnya daripada kejahatan serta kemungkaran, maka tidaklah bertambah dari Allah melainkan hanya menjauhkan sahaja" Riwayat Thabrani.

"melainkan hanya menjauhkan sahaja" di sini sering terjadi apabila kita mula merasa bosan, fikiran terawang-terawang, mengejar rakaat. Lalu solat kita menjadi solat yang tidak berkualiti dan keadaan diri kita semakin jauh dari Allah.

Sebaliknya solat yang berkualiti , seperti yang saya katakan tadi, akan menyebabkan perubahan sikap individu itu terjadi secara sendirinya tanpa dirancang. Jiwa dan dirinya dengan sendiri menjauhi kejahatan.

Hadith ini boleh menjadi panduan untuk mengaudit solat kita.

Ramai yang ingin menghayati solat, ingin khusyuk ketika solat, ingin bercakap-cakap dengan tuhan ketika dalam solat, ingin memohon keampunan di dalam solat, tetapi ramai yang tidak tahu caranya.

Dalam menghayati solat dan menghasilkan solat yang berkualiti, Al-Ghazali ada menggariskan beberapa langkah-langkah yang perlu diterapkan di dalam diri ketika solat.
  1. Kehadiran hati itu penting. Hati perlu dikosongkan dari semua perkara yang tidak ada hubung kait dengan solat itu.
  2. Memahami maksud ucapan atau bacaan di dalam solat. Ini termasuk surah-surah, bacaan rukuk, sujud dan semuanya sehingga selesai solat.
  3. Merasa kebesaran tuhan dengan bacaan-bacaan dan ucapan-ucapan itu. Dalam erti kata moden, menjiwai apa yang diucapkan.
  4. Berasa takut kepada Allah. Sujud dan rukuk berserta rasa memohon ampun di hati ke atas kesalahan diri. Ingatlah Allah yang memusnahkan umat terdahulu, menggerakkan jantung kita, dan Dia boleh menghentikan bila-bila masa sahaja.
  5. Mengharap kurnia Allah ke atas solat yang dikerjakan.
  6. Malu dengan Allah, kalau-kalau solat masih kurang sempurna. Malu atas semua kecelaan diri.
Rasulullah saw sendiri ada mengariskan panduan ringkas dalam menghasilkan solat yang berkualiti.

Hadis Abu Hurairah r.a: Ketika Rasulullah s.a.w memasuki masjid, seorang lelaki juga memasukinya lalu mendirikan sembahyang. Setelah selesai, dia datang memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menjawab salamnya lalu bersabda: Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak sah. Lelaki tersebut kembali mendirikan sembahyang sebagaimana yang telah dilakukannya kemudian kembali menemui Rasulullah s.a.w dengan memberi salam kepada baginda. Lantas baginda menjawab salam lalu bersabda: Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak sah. Perkara ini berlaku sebanyak tiga kali sehingga akhirnya lelaki tersebut berkata: Oleh kerana engkau dibangkitkan untuk menyatakan kebenaran, bagaimanakah sebenarnya sembahyang dilakukan? Ajarkanlah padaku. Lalu baginda bersabda: Apabila kamu ingin mendirikan sembahyang, mulakanlah dengan bertakbir kemudian bacalah ayat atau surah yang paling senang bagi kamu. Seterusnya rukuklah sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut dan bangkitlah berdiri. Setelah itu sujudlah sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut dan bangkitlah untuk berada dalam keadaan duduk antara dua sujud. Itulah cara yang perlu kamu lakukan sehingga selesai sembahyang. Sahih Muslim.

Sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut, juga bermaksud sehingga hati menjadi tenang (mengikut riwayat Bukhari). Ini menunjukkan teknik solat yang diajar oleh Rasulullah saw dihiasi dengan ketenangan, pengharapan dan tidak tergesa-gesa.

Marilah sama-sama kita mendirikan solat yang berkualiti.
Read More »

Monday, July 31, 2006

SMS untuk bayar zakat ...



KUALA TERENGGANU 30 Julai – Kerajaan Terengganu akan mula melaksanakan pembayaran zakat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mulai bulan Ramadan ini dan keputusan itu mendapat sokongan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Mohd. Zin, hari ini. Laporan Dari Utusan

Dari segi syarak, sah. Cuma kekurangan akad dan doa membayar zakat.

Rosol menegaskan bahawa kerajaan negeri akan tetap memastikan setiap sen wang yang dikeluarkan melalui sistem SMS zakat itu sampai kepada penerima iaitu Maidam.

Eh .. sejak bila plak Telco punya rate berubah ni ?

1. Duit memang tak kan sampai sepenuhnya. Kalau ikut pembayaran biasa, sedikit diberikan kepada amil yang diiktiraf.

2. Memang tak kan sampai sepenuhnya, kerana Telco mesti nanti gagau 50%, tak percaya boleh rujuk sms Bersamamu, lebih-lebih lagi Celcom. Syarikat pengendali pun nanti gagau 30% daripada 50% yang tinggal tu, kerana mereka adalah amil yang mengutip. Peduli apa halal haram, perkara macam ni pergi cerita kat DiGi tengok ...

3. Payment dari Telco amatlah lambat. Digi Ok, Maxis lambat sikit. Celcom .. mungkin dorang akan belikan batu nesan untuk kita dengan duit-duit tersebut. Sebab kalau nak tunggu dorang buat payment, kita mungkin dah masuk kubur esok. Siapa yang buat kerja sms ni, bila sebut saja Celcom .. i know you know laa - "Azmi kata minggu depan ready !"

Nampak gaya, bertambah-tambah kaya Telco. Lepas ni meh laa kita ramai-ramai AFZAKAT plak ...
Read More »

Wednesday, June 08, 2005

Dari Abu Hurairah ra ..

Al-Hadith : 1492

Dari Abu Hurairah ra, dia mendengar Rasulullah bersabda, "Perumpamaan aku dan orang lain adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api kemudian kupu-kupu dan bintang-bintang jatuh ke dalam api itu."

Dan baginda bersabda lagi, "Ada dua orang perempuan bersama dua orang anak mereka. Lalu datang serigala dan melarikan anak salah seorang di antara anak mereka. Kata salah seorang, 'Anak engkau yang dilarikan serigala.' Kata seorang lagi, 'Anak engkau yang dilarikan serigala.' "
"Mereka lalu meminta keputusan daripada Nabi Daud. Beliau memberi keputusan bahawa anak yang tinggal itu (yang tidak dilarikan serigala) adalah anak perempuan yang lebih tua."

"Mereka lalu pergi kepada Nabi Sulaiman bin Daud dan diceritakan kepadanya. Kata Sulaiman, 'Bawalah sebilah pisau supaya aku dapat membelah anak ini untuk kedua orang ibunya.' Perempuan yang lebih muda itu berkata 'Jangan tuan lakukan! Semoga tuhan memberi rahmat kepada tuan! Itu adalah anaknya !' Beliau lalu memutuskan bahawa anak itu untuk perempuan yang muda. "

s.bukhari III::Khidr.
Read More »

Monday, June 06, 2005

Dari Jabir bin Abdullah ra

Al-Hadith : 1320

Dari Jabir bin Abdullah ra, dia turut berperang bersama dengan Rasulullah saw ke jurusan Najd. Setelah Rasulullah saw berangkat, dia pun berangkat bersama baginda. Tibalah mereka beristirehat di lembah di mana banyak pohon berduri. Baginda berhenti di bawah sepohon pokok dan menggantungkan pedang baginda di pokok itu. Kami tertidur sebentar.

Tiba-tiba Rasulullah saw memanggil kami. Ketika itu di sisi baginda ada seorang Arab dusun. Lalu baginda bersabda, "Orang ini mencabut pedang saya dari sarungnya ketika saya tidur, lalu saya terbangun, sedang pedang itu berkilat-kilat terhunus di tangannya. Katanya, 'Siapakah yang akan mempertahankan tuan terhadap saya?', jawab saya, 'Allah !', tiga kali."
Baginda tidak disiksa oleh orang itu.

S.bukhari III :: jihad.
Read More »

Thursday, June 02, 2005

Dari Aisyah ra Ummul mukminin ra, katanya ...

Al-Hadith : 3

Dari Aisyah ra Ummul mukminin ra, katanya, wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw merupakan mimpi-mimpi yang baik sewaktu baginda tidur. Biasanya mimpi itu dilihat jelas oleh baginda seperti jelasnya cuaca di pagi hari. Semenjak itu hati baginda tertarik untuk mengasingkan diri ke Gua Hira.

Di situ baginda beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu baginda membawa bekalan yang secukupnya. Setelah bekalan habis, baginda kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan. Kemudian baginda kembali semua ke Gua Hira.
Sehingga satu ketika datang kepada baginda Al-Haq (wahyu), iaitu sewaktu baginda masih berada di Gua Hira.

Malaikat datang kepada baginda, lalu katanya, "Bacalah !"

Jawab nabi, "Aku tidak pandai membaca."

Nabi selanjutnya menceritakan, "Aku ditarik dan dipeluk sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskan dan disuruhnya aku membaca."

"Bacalah !", katanya.

Jawabku, "Aku tidak pandai membaca."

Aku ditarik dan dipeluk lagi sehingga aku kepayahan dan disuruh lagi membaca.
"Bacalah !", katanya.

Aku menjawab, "Aku tidak pandai membaca."

Aku ditarik dan dipeluknya lagi untuk kali ketiga, kemudian dilepaskannya seraya berkata, "Iqra' bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaanna min 'alaq. Iqra' wa rabbukal akram."
(Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah ! Demi tuhanmu yang Maha Mulia.)

Setelah itu nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwalid, lalu berkata, "Selimuti aku ! Selimuti aku !" Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya.

Kata Nabi saw kepada Khadijah (setelah dikhabarkan semua kejadian yang baru dialami itu. "Sesungguhnya aku cemas akan diriku (akan binasa)."

Kata Khadijah, "Jangan takut! Demi Allah! Tuhan tidak sekali-kali tidak akan membinasakan anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang kesusahan kerana menegakkan kebenaran."

Setelah itu Khadijah pergi bersama-sama Nabi bertemu dengan Waraqah bin Naufal bin Asab bin Abdul Uzza, iaitu sepupu Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani pada masa Jahiliyah itu. Dia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya seberapa banyak Kitab Injil dari bahasa Ibrani dengan izin Allah. Usianya telah lanjut dan matanya telah buta.
Kata Khadijah kepada Waraqah, "Wahai anak kepada bapa saudaraku ! Dengarlah khabar dari anak saudaramu (Muhammad) ini."

Kata Waraqah kepada Nabi, "Wahai anak saudaraku ! Apakah yang telah terjadi kepada anda ?"
Lalu Rasulullah saw menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialami baginda.
Berkata Waraqah, "Inilah Namus (malaikat) yang pernah diutuskan oleh Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, iaitu ketika anda diusir keluar oleh kaum anda."

Maka bertanya Rasulullah saw, "Apakah mereka akan mengusirku ?"

Jawab Waraqah, "Ya betul ! Belum pernah seorang jua pun yang diberi wahyu seperti anda, yang tidak dimusuhi orang. Jika saya sempat sehingga hari itu, saya akan menolong anda."
Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu.

Kata Ibnu Syihab, Abu Sala,ah bin Abdurrahman kepadanya (Aisyah ra), bahawa Jabir bin Abdullah Al Anshari menceritakan tentang terputusnya wahyu, katanya Nabi saw berkata dalam hadithnya, "Pada suatu waktu, ketika aku sedang berjalan, tiba-tiba kedengaran olehku satu suara dari langit. Maka kuangkat pandanganku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan olehku malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah, 'Selimuti aku! Selimuti aku!' Lalu Allah swt menurunkan ayat : 'Ya ayuhal muddatsir ! Qum, fa andzir ! Wa rab baka fa kabbir ! Wa tsiyaabaka fa thanhir ! Wa rujza fahjur !'

(Wahai orang yang berselimut! Bangunlah! Maka berikanlah peringatan ! Dan besarkanlah Tuhanmu ! Dan bersihkanlah pakaianmu ! Dan jauhilah berhala !)"
Maka semenjak itu wahyu selalu turun berturut-turut.

s. Bukhari I :: Wahyu.

p/s : hadith panjang .. mudah-mudahan tiada kesilapan menaip.
Read More »

Wednesday, June 01, 2005

Dari Abdullah ra katanya,

Al-Hadith : 1499

Dari Abdullah ra katanya, pada suatu hari Nabi saw menceritakan di tengah-tengah orang ramai tentang Al-Masih Dajjal. Baginda bersabda, "Tuhan itu tiada buta sebelah. Al- Masih Dajjal itulah yang buta matanya sebelah kanan, seolah-olah matanya itu sebuji anggur yang terulur keluar."

"Pada suatu malam, wawktu saya tidur dekat Kaabah saya bermimpi. Ketika itu saya lihat ada seorang lelaki kemerah-merahan warna kulitnya, amat bagus sekali (rupa), rambutnya terurai antara bahunya, tersirir baik, kepalanya menitikkan air, lincin berkilat, diletekkannya tangannya di atas bahu dua orang lelaki dan dia tawaf di Baitullah. "

"Saya bertanya, 'Siapakah ini?' Mereka menjawab, 'Inilah Al-Masih anak Maryam.'
"Kemudian saya melihat seorang lelaki di belakang orang itu, kerinting lagi pendek rambutnya, buta matanya sebelah kanan, serupa dengan orang yang saya lihat dari Ibnu Qathan, diletakkannya kedua tangannya di atas bahu seorang lelaki juga tawaf di Baitullah. Saya bertanya, 'Siapakah ini?' Mereka menjawab, 'Al Masih Dajjal'"

s. Bukhari III :: Khidr.
Read More »

Tuesday, May 31, 2005

Dari Mughirah bin Syu'bah ra, katanya

Al-Hadith : 763

Dari Mughirah bin Syu'bah ra, katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda, "Allah menbenci tiga perkara : 1) Banyak berbicara (tanpa bekerja) 2) Mensia-siakan harta benda 3)Banyak tanya (mengenai agama yang menjuruskan kepada memperolok-olokan, menghina .. dan sebagainya)

Sahih Bukhari II:: Zakat.
Read More »

Dari Mughirah bin Syu'bah ra,

Al-Hadith : 763

Dari Mughirah bin Syu'bah ra, katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda, "Allah menbenci tiga perkara : 1) Banyak berbicara (tanpa bekerja) 2) Mensia-siakan harta benda 3)Banyak tanya (mengenai agama yang menjuruskan kepada memperolok-olokan, menghina .. dan sebagainya)

Sahih Bukhari II:: Zakat.
Read More »
Al-Hadith : 759

Dari Zubair bin Awwam ra, dari Nabi saw, sabdanya "Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu dibelakangnya lalu dijualnya, dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah lebih baik baginya daripada ia meminta-minta daripada orang ramai, diberi ataupun tidak."

Sahih Bukhari II :: Zakat.
Read More »

Dari Abu Sa'id ra, katanya ..

Al-Hadith : 758

Dari Abu Sa'id ra, katanya, "Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) daripada Rasulullah saw, lalu diberi baginda. Kemudian mereka meminta lagi, terus diberi baginda, diminta lagi, terus diberi lagi sehingga habislah apa yang ada pada Rasulullah."
Sabda baginda,"Tidak ada lagi padaku dan tidak ada pula yang kusimpan. Ingatlah!) sesiapa yang ingin terpelihara daripada meminta-minta, Allah akan memeliharanya. Sesiapa yang merasa cukup, Allah akan mencukupnya. Sesiapa yang berhati sabar, Allah akan memberinya kesabaran; tiada satu pemberian Allah yang diberikan olehNya kepada seseorang yang lebih baik dan lebih lapang daripada sabar."

Sahih Bukhari II :: Zakat.
Read More »
Al-Hadith : 737

Dari Asma' Binti Abu Bakar ra, katanya dia datang kepada Rasulullah saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta), maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu."

Sahih Bukhari II :: Zakat.
Read More »