Showing posts with label thought. Show all posts
Showing posts with label thought. Show all posts

Tuesday, December 08, 2015

Dua Tokoh : Adlin dan Khairy

Dua tokoh yang berbeza di dalam dua arena yang berbeza. Namun kedua-duanya mempunyai dua persamaan. Kemunculan yang mendadak di kaca mata rakyat Malaysia serta kepetahan dan ketajamaan dalam menyampaikan hujah serta pendapat.

Adlin Aman Ramlie telah menjadi pengkritik tetap untuk Akedemi Fantasia (AF) musim ke-4. Ketajamaan dan kelantangan beliau dalam mengkritik para pelajar AF amat digeruni, sehinggakan masing-masing begitu 'takut' apabila tiba giliran beliau untuk mengkritik.

Kemunculan beliau di dalam filem Putri Gunung Ledang tidak begitu mendapat perhatian. Watak beliau sebagai Sultan Melaka bukanlah watak utama. Beliau tenggelam di tengah-tengah Hang Tuah (lakonan M. Nasir) dan Puteri Gunung Ledang (lakonan Tiara Jacqueline).

Beliau menjadi perhatian apabila dijemput menjadi salah seorang pengkritik bebas di AF3 sebanyak dua kali. Ketajaman dan kelantangan beliau dalam mengkritik telah menjadi bahan bualan para peminat AF3 di rangkaian @15 Astro.

Adlin pernah sekali tersasul dalam menasihati Faizal, salah seorang peserta AF4, sehingga menyinggung perasaan penyanyi bekas penagih dadah Saleem. Mujurlah perkara itu tidak dipanjangkan. Namun Adlin masih tetap dengan gaya kritikannya yang tajam selepas itu.

Kepada mereka yang tidak begitu berminat dengan arena politik sebenarnya tidak akan kenal dengan saudara Khairy Jamaluddin. Beliau mula menjadi perhatian apabila muncul di Perhimpunan UMNO ke-56 dengan ketajamaan hujahnya dalam membangkitkan isu ekonomi.

Ramai pula tidak mengetahui bahawa beliau adalah menantu kepada Perdana Menteri, sehinggalah beliau kelihatan bermundar-mandir di kaca TV di hari Allahyarham Datin Seri Endon dikebumikan.

Ramai juga tidak menyangka bahawa beliau adalah peminat bola sepak, sehinggalah beliau muncul di kaca TV di perlawanan akhir myTeam menentang Malaysia.

Kepada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan politik Malaysia, khasnya UMNO, sudah tentu tidak dapat melupakan "kejzutan" (kejutan) yang diterima apabila Khairy menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua Pemuda pada 2004.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak Khir Toyo. Adakah Khairy benar-benar mendapat sokongan padu daripada para perwakilan berdasarkan kemampuannya atau sekadar menumpang kedudukan Pak Lah.

Semalam Khairy muncul di kaca TV menjelaskan kedudukan saham-saham beliau di ECM Libra serta mengulas kenyataan tingkat empat dan tingkat lima oleh mantan Perdana Menteri.

Dalam ucapannya sebelum itu, dalam nada sindiran beliau berkata: "Tingkat empat ni boleh telefon siapa saja dan nasihat untuk buat benda yang baik. Sebab tu hari ini kita tengok semuanya baik-baik belaka. Tingkat lima Perdana Menteri duduk. (Tingkat empat) lebih berkuasa daripada tingkat lima sebab dia lebih pandai. Tingkat lima tak pi Oxford." [Daripada Harakah Daily]

Kata Khairy tingkat empat memang lebih berkuasa kerana tingkat empat merupakan tempat semua jemaah menteri berkumpul, semua keputusan jemaah menteri dibuat di situ. Dan keputusan jemaah tentulah lebih berkuasa dalam situasi demokrasi.

Kata Khairy lagi, saham-saham beliau dalam ECM Libra bernilai RM9.2 juta dibeli dengan wang pinjaman. Wang itu pula dipinjam dari penjual saham. Sungguh mengelirukan.

Laporan Lanjut Utusan

Kalau mengikut bahasa perakaunan, sememangnya wujud beberapa transaksi sah. Namun, jika mengikut akal manusia biasa, saham-saham itu seolah-olah diberi percuma lalu ditutupi dengan perkataan "pinjam".

Tun Mahathir juga pernah menjadi seorang yang kontroversi, agresif dan lantang suatu masa dahulu pada zaman mudanya, begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya kedua-duanya mereka menjadi orang-orang penting dan besar di negara. Tetapi ibu-bapa mereka hanyalah ahli-ahli UMNO biasa.

Lain pula dengan Adlin dan Khairy, adakah imej AR Tompel dan Pak Lah yang menyumbang ke arah kenaikkan mereka secara mendadak. Sekiranya tidak wujud imej-imej itu, agaknya bolehkah mereka berada di tempat mereka berada sekarang ?

Sedarkah mereka kenaikkan mendadak juga akan mengundang kejatuhan mendadak ?
Read More »

Wednesday, May 15, 2013

Happy Teacher's Day - Selamat Hari Guru

Hari guru disambut pada tarikh berbeza di seluruh dunia. Di Malaysia, Hari Guru disambut pada 16 Mei. Tarikh ini menjadi pilihan kerana pada 16 Mei 1956, Federal Legislative Council of the Federation of Malaya telah menerima Laporan Razak yang mengandungi hasil kajian dan cadangan pendidikan tentang sistem pendidikan di Malaya pada waktu itu. Laporan ini merupakan salah satu langkah usaha dalam pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu.

Untuk cikgu-cikgu, guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, para pensyarah sekalian .. Selamat Hari Guru - Jazakumullah khairan katsiran ..


Read More »

Monday, November 01, 2010

P. Ramlee, kalau tak mati, tak terkenal


Astro tayang dokumentari sejarah P. Ramlee di channel 555.

Walaupun banyak yang tidak diceritakan, tapi yang diceritakan tu pun bukan ramai yang tahu, lebih-lebih lagi generasi Akedemi Fantasia, mana depa nak tau.

Walaupun aku tak pernah jumpa P. Ramlee, tapi bapak aku fan P. Ramlee, arwah pakcik aku satu sekolah dengan P. Ramlee. Banyak yang kita boleh pelajari dari sejarah hidup P. Ramlee, antaranya :

Pertama, create sesuatu berdasar pengalaman hidup, baru hasil kerja akan jadi real. Baru kita akan kerja dengan penuh minat. Aku teringat waktu aku create myJodoh dulu, sebab aku nak cari jodoh. Apabila dah ada bini dan anak lima, dah hilang touch. Sampai nak kena buat marketing research untuk faham pengguna dan trend. Sebelum kahwin, aku buat kerja ikut "kepala" aku saja, sucess sokmo.

Kedua, kena ada long term planning. KWSP, ASB, ASN, Tabung Haji dan sebagainya. Mungkin sebab pengalaman P. Ramlee yang meninggal dalam keadaan yang agak susah itulah membuat ramai pelakon selepas beliau banyak berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Ketiga, beliau P. Ramlee, seorang dermawan yang hebat. Kebanyakkan kita tak pun mampu sampai tahap bagi habih duit semua kat orang susah. Kebanyakkan kita mungkin akan bagi sebahagian saja. Tapi dia hebat. Allah suka, Rasulullah pun suka. Untung beliau, semoga sedekah ini membantu beliau esok di SANA.

Keempat, kalau dia tak meninggal lagi, mungkin dia tak jadi legenda macam hari ini. Mungkin dia hanya seorang pelakon veteran yang dapat anugerah AIM. Buktinya pangkat Tan Sri tu pun dia dapat lepas meninggal. Tak ka haru!. Ramai yang tengok dokumentari tersebut tentu mengkritik pihak-pihak yang mampu, tetapi tidak membantu P. Ramlee di zaman kesusahan beliau.

Allah dah tetapkan mati adalah terbaik untuk beliau pada ketika itu. Teringat aku kat lagu Engkau Laksana Bulan, yang dikatakan haram kerana mempunyai lirik yang sensitif. Meminta diri dicabut nyawa.



Sekadar renungan ....

Anas bin Malik ra. meriwayatkan, Nabi saw bersabda:

لا يَتمنَيَنَّ أحدكم الموت لِضُرٍّ نَزَلَ به في الدنيا، لكن ليقل: اللهم أحيني ما كانت الحياة خيرًا لي، وتوفني إذا كانت الوفاة خيرًا لي

Maksudnya : "Jangan seseorang kamu bercita-cita untuk mati disebabkan kemudharatan yang menimpanya di dunia, akan tetapi hendaklah dia berkata : "Ya Allah, hidupkanlah aku, selama hidup itu baik untuk aku, dan matikanlah aku selama-mana mati itu baik untuk aku." (al-Bukhari)

Al-fatihah untuk P. Ramlee.
Read More »

Wednesday, October 06, 2010

Haramkah Wang Sumbangan Daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Haramkah wang sumbangan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang kepada warga emas dan warga miskin ...???? ( itu pun kalau betoi laa benda tu dari sumber judi .... sebab kerajaan negeri PP still nafi)

Kalau ikut pendapat Dato Reezal Merican, haram. (Artikel Utusan Online)

Kalau ikut pendapat Dr Maza, tak haram. Sila klik sini untuk hujah Dr Maza.

Aku terima hujah Dr Maza.

Tapi untuk orang-orang yang warak, depa mungkin tinggalkan semua yang meragukan (sila rujuk hadith no 6 dalam Arbain An-Nawawi.) Jadi duit tu pun mungkin depa tak mau.

Memandangkan benda tu tak haram dari sudut syariat, jadi sesiapa yang nak pulangkan atau rasa tak mau ... boleh bagi kat aku, nanti aku buleh bagi kat IPSI, depa tengah cari dana nak bina bangunan baru.

Jangan dok pi bagi balik kat En. Lim Guan Eng atau mana-mana orang UMNO
Read More »

Saturday, October 02, 2010

Teknik Melipat Baju Untuk Mereka Yang Banyak Baju Nak Kena Lipat

Ni haa ... kepada sesiapa yang berminat. Aku dah try .. tapi tak pernah try kat baju kemeja.


Read More »

Wednesday, September 22, 2010

Apa yang patut dilakukan dahulu?

Ada banyak perkara yang perlu dilakukan? Apa yang patut dilakukan dahulu? Which goes first? Apa yang patut dikemudiankan?

Baju nak kena susun? Anak nak kena suap makan? Anak sorang lagi tengah nangis? Nak buat yang mana dulu?

Orang yang tidak tahu keutamaan biasanya akan serabut atau tinggalkan keserabutan dan fokus kepada benda yang paling senang nak buat.



Di dalam buku The Seven Habits of Highly Effective People, Dr Stephen R. Covey ada mengemukakan formula quadrant untuk meletakkan keutamaan kepada satu-satu perkara :
  1. Important and Urgent
  2. Important but Not Urgent
  3. Not Important but Urgent
  4. Not Important and Not Urgent
Dr Covey berkata, orang-orang cemerlang biasanya akan memberi tumpuan kepada perkara yang Important but not urgent terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, kita akan ada lebih masa untuk perkara-perkara yang lagi tiga.


(Gambar Dr Danial dari blog Tuan Rosli)

Apabila ditanya perkara yang sama dengan pakar motivasi Dr Danial Zainal Abidin. Beliau mengkategorikan perkara-perkara kepada Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram.

Yang wajib didahulukan .. makruh dan haram ditinggalkan.

Sudah tentu, tidak ada teknik khusus untuk mengkategorikan. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan, persepsi dan fokus masing-masing. Di sini pentingnya akal yang Allah kurniakan kepada kita.

Keutamaan amat penting dalam kehidupan yang semakin kalut dan pantas ini. Banyak yang perlu dilakukan sehingga terlupa yang mana lebih penting. Atas dasar ini ulama seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengarang kitab seperti fiqh al-awlawiyat (Fiqh keutamaan) untuk menerangkan kepentingan tugas-tugas harian umat Islam.

Download fiqh al-awlawiyat bahasa indonesia di sini.

Wallahu'alam.
Read More »

Monday, September 20, 2010

Jangan buka akaun di CIMB Bayan Baru, Pulau Pinang



Jangan buka akaun di CIMB Bayan Baru, Pulau Pinang kalau tak dak masa nak tunggu. Aku pi tunggu kat sana dekat 2 jam baru nombor naik. Sampai 11:30 am .. dipanggil lepas kul 1pm.



Sebabnya kat situ ramai warga kilang dok bukak akaun, khususnya warga kilang luar negara, bangla, vietnam, indon .. etc.

Boring tunggu.

Esok kat akhirat entah macam mana lah yer ... kaunter satu saja, customer semua manusia.
Read More »

Sunday, September 19, 2010

Siapa Nak RM1.7 juta, sila klik sini ...


IPSI sedang mencari dana bernilai RM 1.7 juta untuk membeli bangunan ini. IPSI merupakan sebuah organisasi yang banyak membantu mengislamkan ramai non muslim di Malaysia, khusus Pulau Pinang. Antara penggerak utama IPSI adalah bro Kamarudin Abdullah.

Maklumat Lanjut Kutipan Dana

Sekarang ni IPSI beroperasi dari bangunan NGO di Kompleks Masyarakat Penyayang, negeri Pulau Pinang. Mereka bercadang mengorak langkah baru ...

Rasulullah bersabda ... Anak Adam itu berkata, Hartaku ! Hartaku ! Padahal harta yang benar-benar menjadi milikmu itu, wahai anak Adam, ialah apa-apa yang engkau makan, lalu engkau habiskan. Apa-apa yang engkau pakai, lalu engkau rosakkan. Apa-apa yang engkau sedekahkan, lalu tetap menjadi milik kamu. (sumber)
Jadi sapa-sapa ada RM1.7 juta bolehlah derma, nanti kat akhirat boleh laa dapat balik RM1.7 juta tu balik.
Read More »

Tuesday, August 11, 2009

Dua tahun tidak menulis di sini ...

Alhamdulillah. Tak sangka ... masih hidup lagi setelah sekian lama. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Read More »

Sunday, September 24, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." - Al-Baqarah : 183

"Sabda Rasulullah saw, Akan datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, difardukan oleh Allah kepadamu puasa dalam bulannya, dibuka pintu langit dan dikunci pintu neraka, dirantai akan syaitan. Demi Allah terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan." (Riwayat An-Nasai dan Baihaqi)

Maklumat teknikal tentang ramadhan, cara berpuasa dan syarat berpuasa

Tingkat-tingkat puasa

Al-Ghazali ada membahagikan tingkat-tingkat puasa kepada tiga jenis. Pertama adalah puasa umum, iaitu orang yang berpuasa menahan perut dan kemaluan seperti yang disyaratkankan.

Kedua adalah puasa yang khusus, iaitu ditambahkan pula dengan menahan pendengaran, pengelihatan, lidah dan tangan serta anggota-anggota badan yang lain dari segala perbuatan dosa.

Ketiga adalah puasa khususnya khusus, iaitu puasa hati. Menahan hati dari pemikiran keduniaan, perhatian-perhatian yang rendah, menahan diri dari memikirkan selain daripada Allah swt.

Syarat Batiniah Dalam Berpuasa
Menurut Al-Ghazali, terdapat enam perkara perlu dititik beratkan dalam perlaksanaan ibadat puasa bagi menghasilkan puasa yang berkualiti.
  1. Menjaga mata dan menahan pandangan kepada sesuatu yang tercela dan dibenci, yang melalaikan hati, melengahkan zikir serta menjauhkan ingatan kepada Allah swt.


  2. Menjaga lidah dari senda gurau yang tidak berguna, berdusta, mengumpat, perkataan kotor, keji, caci makian dan sebagainya.


  3. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang diharamkan atau dibenci Allah, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula didengar.


  4. Menahan anggota tubuh yang lain-lain daripada perbuatan dosa, baik dari tangan atau kaki daripada segala yang dibenci. Menahan perut daripada hal-hal syubhat (tidak jelas halal atau haram) atau haram ketika berbuka.


  5. Jangan berlebihan makan ketika berbuka. Hendaklah direnung tujuan berpuasa, iaitu mendidik nafsu. Tiada manfaatnya berpuasa sehari tetapi apabila waktu berbuka, nafsu masih tidak terdidik.


  6. Perasaan takut ketika berbuka, kalau-kalau amalan seharian kita itu tidak diterima oleh Allah swt.

"Sabda Rasulullah saw, Banyak sekali orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperolehinya dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan dahaga" Riwayat An-Nasai dan Ibnu Majah.


Selamat berpuasa !

Read More »

Monday, August 07, 2006

Korban Demi Pelajaran ?

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Berbaloi! Biarpun terpaksa menanggung hutang beribu ringgit akhirnya impian Faizal untuk bergelar juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4) menjadi kenyataan.

Nyata usaha bapanya, Ramly Yaacob berhutang untuk memastikan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) Faizal mengatasi pelajar lain tidak sia-sia.

Buktinya, malam ini bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Faizal atau nama sebenar Mohammad Faizal Ramly, 22, berjaya mengalahkan empat pelajar lain dengan jumlah undian 34 peratus. [ Utusan ]

Sukar dipercayai, tetapi itulah hakikatnya seorang, bapa yang sanggup menggadai tanah untuk memastikan anaknya menang dalam sebuah pentandingan hiburan.

Pada zaman 50-an, zaman British masih menjajah. Zaman orang Melayu mula sedar dengan kepentingan pelajaran. Ada ramai dari kalangan orang-orang susah yang berusaha menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Hasil dari persekolahan ini terbentuk satu generasi yang mulai sedar ilmu itu penting. Generasi ini kebanyakkan bekerja sebagai kerani, guru dan sebagainya. Kebanyakkan mereka sudah 'pencen' pada hari ini.

Generasi itu membesar lalu menjadi para ibu bapa zaman 70-an. Zaman 70-an bukan zaman kesenangan untuk Malaysia. Walaupun telah merdeka, tetapi Malaysia masih lagi sebuah negara pertanian.

Sesiapa yang mempunyai kereta masih dikira HEBAT ! Siapa yang ada telefon masih lagi dikira HEBAT ! (Siapalah Dato K pada zaman itu yaa .. ?)

Pada zaman itu, universiti tempatan telah pun dibina. Itulah matlamat ibu bapa zaman 70-an, memastikan anak-anak ke menara gading. Jika dulu mereka hanya tamat "STANDARD 3", mereka berusaha memastikan anak-anak mereka tamat sekurang-kurangnya sehingga LCE.

Di zaman itu kepentingan pelajaran semakin disedari oleh orang-orang melayu. Kebanyakkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk tujuan pendidikan. Kerajaan juga menggubal banyak dasar-dasar untuk memastikan orang Melayu terdidik.

Di zaman itu juga, kita melihat ramai ibu-bapa yang menjual dan menggadai tanah untuk memastikan anak-anak mereka terus belajar, sama ada di dalam atau di luar negara. Satu usaha yang dikira berbaloi apabila anak-anak itu membesar, mengenang jasa ibu bapa dan kembali berbakti.

Semalam, Faizal memenangi AF dan dikhabarkan bapanya menggadaikan tanah untuk memastikan anaknya menang. Hutang pula dilaporkan bernilai beribu ringgit.

Semua wang tersebut digunakan untuk mengundi si anak. Hanya ada dua komen untuk ini. Pertama, kualiti seni hiburan akan menurun jika semua meniru cara ayah Faizal. Faizal bukanlah yang terbaik dari kalangan semua peserta. Kedua, apa benar perlukah anaknya itu menang ?

Jika kita renung dan fikir, apa yang mereka dapat sebenarnya ? Adakah pendidikan ? Oh tidak sama sekali. Mungkin itu adalah pelaburan untuk mencari nama dalam bidang hiburan, tetapi bukan pendidikan.

Pakcik masih hairan, kenapa ayahnya sanggup bebuat demikian. Tak dapat nak faham. Tak faham. Tak akan faham. Mudah-mudahan tidak akan melalui perkara itu untuk faham.
Read More »

Friday, August 04, 2006

Oh ... I see ..

Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad pernah digeruni oleh Barat kerana kelantangan beliau dalam mengkritik Amerika ke atas pencerobohan Afganistan dan Iraq. Kelantangan beliau telah menjadi satu suara yang selama ini dinanti oleh umat Islam seluruh dunia.

Ekoran dari itu, Presiden Bush mencuba pelbagai usaha untuk berbaik-baik dengan Mahathir, menjalinkan hubungan peribadi. Bush sedar, suara Mahathir dapat memberi semangat dan menaikkan kemarahan, mengejutkan gergasi yang sedang tidur.

Dunia amat berharap agar Mahathir terus menjadi presiden OIC. Kepimpinan beliau amat dikagumi. Track record beliau dalam memimpin Malaysia dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada perindustrian amat dikagumi oleh negara-negara Islam lain. Mudahan-mudahan nasib umat Islam akan berubah.

Namun, Mahathir terpaksa mengundur diri dari OIC apabila beliau bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. Walaupun banyak negara-negara Islam terasa kehilangan beliau, tetapi mereka berharap agar pengganti beliau, Dato Seri Abdullah adalah lebih baik, lebih lantang, lebih bijak.

Malangnya umat Islam seluruh dunia. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pak Lah tidaklah selantang Mahathir. Terbukti apabila kenyataan-kenyataan beliau dalam Persidangan Tergempar OIC baru-baru ini hampir-hampir tidak diberi perhatian oleh mana-mana media asing. Mungkin kerana kenyataan "biasa sahaja ..."

Berlainan pula dengan Ahmadinejad, Presiden Iran. Kenyataan beliau pada persidangan tersebut telah menjadi tajuk menarik oleh BBC dan CNN. Beliau bertegas yang Iran akan secara terbuka menyokong Hisbollah sehingga Israel lenyap dari peta dunia. Itulah matlamat asal penubuhan OIC !

Walaupun itu adalah suatu nada yang marah dan keras yang mungkin mengacum peperangan, tetapi suara dan semangat seperti itulah yang perlu dituip ke dalam diri para pemimpin-peminpin OIC agar negara-negara Islam yang lain bangun dan sedar.

Malangnya umat Islam. Apabila Pak Lah hanya terdaya mengirim sepucuk surat bantahan kepada Kofi Annan, sedangkan AS mampu mengirim roket dan bom kepada Israel.

Ini bukan lagi pertelingkahan persatuan di sebuah sekolah menengah, yang mana individu rujukan adalah guru besar. Tetapi ini adalah panggilan jihad ! Panggilan untuk mati.

Mungkin Pak Lah belum bersedia untuk mati. Mungkin Pak Lah takut sekiranya keputusan beliau akan mempengaruhi kedudukan politik beliau dalam negara. Atau mungkin Pak Lah mempunyai perancangan tersendiri yang tidak kita ketahui.

Yang pastinya kita telah tewas dari sudut ekonomi. Arab Saudi dan beberapa negara lain pernah menjalankan sekatan minyak pada tahun 1973 kepada barat sebagai bantahan penubuhan Israel. Barat berjaya melaluinya kerana beberapa negara seperti Syria dan Mesir tidak ikut serta, dan kini mereka lebih bersedia kalau-kalau sekatan itu berlaku sekali lagi.

Semenjak dari itu mereka sendiri mempunyai simpanan minyak yang secukupnya di negara sendiri. Kedudukkan mereka semakin kuat apabila Afganistan dan Iraq berada di bawah jajahan As. Tak perlu risau pasal minyak lagi.

Dari segi teknologi kita telah jauh ketinggalan. Kita hanya mampu membeli dan mengubahsuai senjata. Kita tidak mampu mencipta senjata sendiri. Kita juga tidak mempunyai perisian peperangan terkini untuk menganalisa situasi peperangan.

Yang kita ada hanyalah kuasa kesatuan. Yang kita ada hanya satu semangat yang terpendam. Yang kita ada hanyalah keinginan untuk melihat umat Islam tidak tertindas.

Tapi semua itu tidak akan menjadi kenyataan jika kita takut. Jika pemimpin kita takut. Jika pemimpin kesatuan negara-negara takut.

Apa mungkin kepimpinan OIC patut diserahkan kepada Ahmadinejad ? Kemudian Pak Lah bolehlah memberi lebih sedikit tumpuan untuk anak menantunya.
Read More »

Wakaf Korporat !


Johor Corporation akan mewakafkan 75% daripada saham dalam anak syarikatnya Syarikat Tiram Travel Sdn Bhd. Tiram Travel mengendalikan umrah dan ziarah, telah mencatatkan jualan RM1.51 juta tahun lalu.

Selepas pewakafan saham, keuntungan yang diperoleh akan diagihkan sebanyak 75 % kepada JCorp, 25 % kepada Wakaf An-Nur dan lima peratus daripada jumlah keuntungan itu akan diagihkan di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij).

Sebelum ini juga JCorp terlibat dalam pewakafan kawasan Masjid Jamek Pasir Gudang, tanah Rumah Kebajikan Darul Hanan, Pasir Gudang dan tanah di Ladang Sungai Papan, Kota Tinggi untuk tapak Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Sebenarnya, pada zaman sekarang, kita bukanlah orang yang pertama mewakafkan perniagaan untuk agama. Golongan korporat Kristien telah lama melakukan sedemikian.

Kebanyakkan church di negara ini mempunyai entiti perniagaan tersendiri. Mereka tidak bergantung kepada sumbangan awam untuk menyelesaikan bil-bil mereka. Malah mereka sendiri boleh mengeluarkan sejumlah wang untuk membantu masyarakat.

Wang itu juga diguna untuk mengumpan remaja kita memeluk Kristien seperti yang pernah heboh satu masa dahulu di kawasan utara. Dari mana mereka mendapat wang ?

Di situlah terletak kehebatan organisasi gereja. Dengan stratergi yang teratur, dakwah yang terancang, kewangan yang mencukupi. Ramai dari kalangan remaja kita yang mudah terpikat dan menjadi murtad.

Sedangkan dalam institusi masjid kita, kita masih bertelingkah tentang soal siapa AJK, siapa pengerusi, pendirian politik beliau dan sebagainya. Tanpa menyedari perkembangan mereka.
Umpama dua ekor katak yang bergaduh di bawah tempurung, seekor mengatakan dunia itu sebesar lubang tempurung, seekor mengatakan ia sebenarnya amat luas.

Kedua-duanya bertegas dengan pendirian masing-masing. Walaupun salah seekor mungkin betul, tetapi kedua-duanya tidak sedar, tempurung itu akan dipijak oleh seekor gajah tidak lama lagi.

Masjid Jamek di Kuala Lumpur seumpamanya mempunyai kutipan mingguan sehingga berbelas ribu ringgit. Sekiranya semua wang itu dilaburkan ke dalam perniagaan, pakcik rasa mereka boleh memiliki sebuah emporium perniagaan.

Melalui perniagaan itu banyak lagi perkara yang boleh dilakukan. Mungkin mereka boleh membantu masjid-masjid di hujung-hujung kampung yang mendapat kutipan tidak lebih dari RM30 seminggu.

Di Arab Saudi, kerajaannya telah mewakafkan sebuah bangunan tinggi, bertempat di Makkah untuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bangunan itu terdiri daripada lot-lot kedai, yang mana kutipan sewa akan dimasukkan ke tabung masjid.

Pakcik pernah terserempak dengan seorang kawan beragama kriestien di sebuah kedai barangan terpakai, di Jalan Perak, Pulau Pinang. Apabila ditanya, dia menyatakan bahawa dia hanya menguruskan kedai tersebut.

Rupanya kedai tersebut adalah milik sebuah church yang juga terletak di Jalan Perak. Barang-barang yang dijual di kedai tersebut pula adalah hasil dermaan orang ramai.

Yang menarik perhatian pakcik adalah kedai itu sendiri dapat menggaji pekerja dan seorang pengurus. Walaupun barangan yang dijual adalah hasil sedekah tetapi pakcik tertarik dengan konsep yang digunakan untuk menjana pendapatan tetap oleh church tersebut.

Ramai orang melayu beli !

Ramai berkata yang kekuatan ekonomi itu perlu ada dalam Islam, lalu mereka berpusu-pusu mencari kekayaan. Kononnya kata mereka, apabila umat Islam kaya dan kuat dari segi ekonomi, musuh akan gerun. Tetapi akhirnya mereka hanya memenuhi poket sendiri dan gerun kepada panggilan sedakah dan jihad.

Tahniah JCorp. Diharap Jcorp dapat menjadi contoh dalam usaha mengukuhkan ekonomi institusi-institusi Islam. Semoga akan ada organisasi korporat lain akan mengikut jejak langkah JCorp.

Apalah guna Celcom dan Telekom Malaysia menaja itu dan ini, tetapi semuanya hiburan ... ?
Read More »

Thursday, August 03, 2006

Cantik Sungguh Ciptaan Allah


Ini adalah siri gambar satu bandar di Switzerland bernama Versiox. Ini bukannya tahap salji, tetapi tapi dah mengeras menjadi air batu.

Sungguh cantik. Seperti cerita-cerita dongeng eropah. Foto-foto ini pakcik terima dari Group SaljuKasihnya.
Read More »

Tiada Jambatan Bengkok, Hanya Jambatan Kedua Di Pulau Pinang.


Rakyat Pulau Pinang akan menikmati kemudahan terkini tidak lama lagi dengan terbinanya jambatan pulau pinang ke-2, dari Batu Maung ke Batu Kawan. Projek ini akan diuruskan oleh UEMB iaitu, organisasi pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang sekarang..

Jambatan kedua itu dikatakan perlu kerana keadaan sesak di jambatan pertama setiap pagi dan petang. Ye ker ? Tak percaya, tengok sini.

Pada pemerhatian pakcik, pembinaan jambatan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah kesesakkan. Ia cuma akan menyebabkan pembangunan pesat di kawasan-kawasan terbabit. Akibatnya harga rumah dan tanah akan melambung.

Dalam masa yang sama kerajaan pusat juga telah meluluskan cadangan pimbinaan monorel di Pulau Pinang. Kedua-dua projek ini merupakan salah satu daripada RMK9 Pak Lah.

Pada pemerhatian pakcik, projek Monorel ini ada pro dan kon. Projek semestinya akan dijalankan di kawasan bandar dan akan menjadikan Pulau Pinang popular kerana menjadi negeri kedua mempunyai monorel.
Read More »

Mari Menyusun Bunga Saroja !


Lagu Seroja (atau sebutan asalnya Saroja) adalah lagu dendangan Allahyarham S. Affendi. Ramai yang tak tahu, ingat Ibnor Reza. Ia juga pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan nasyid Al-Jawaheer dan 2 By 2. Kemudian Jamal Abdilah dan Mr. World Mawi.

Terkini, Seroja didendangkan semula oleh Ust Akhil Hayy dalam album terbarunya Nasyid Legenda. Tak teringin dengar macam mana suara ustad tu tarik masa chorus ? heheh ..

Belilah yang "ori" ..

Akhirnya tercapai jugaklah cita-cita dia untuk "meletup", sebab sebelum ni semua album zaman rock tak menjadi. tahniah ustad. Sesiapa yang nak tahu pasal cerita ustaz ni dulu dan sekarang boleh klik sini. Anda pasti terpegun.
Read More »

Super Train Dari KL ke Singapura


Pada amnya ia memang sesuatu yang baru dan canggih. Tetapi projek ini mempunyai maksud tersirat. Dikhabarkan Singapura memang sejak dahulu lagi inginkan tanah KTM di Woodlands yang bernilai berbilion ringgit.

Singapura pernah cuba mendapatkan tanah itu melalui pelbagai kaedah, rundingan, pembelian dan sebagainya, tetapi tidak berhasil.

Apabila projek Super Train ini diluluskan, kontrak akan diberikan kepada pihak swasta. Sudah tentu tanah landasan KTM yang akan digunakan dari KL hingga ke Woodlands. Termasuk tanah yang direbut-rebut itu. Secara tak langsung ia akan dihadiahkan kepada projek ini.

Pengelibatan pihak swasta pula akan membolehkan Singapura membeli saham sehingga 49% dalam projek tersebut, selebihnya mungkin tokey sana sikit, tokey sini sikit, termasuk sedikit pegangan oleh KTM sendiri.

Tetapi akhirnya KTM, tanah tergadai....hak ke atas tanah mungkin akan bertukar menjadi unit saham ... habok pun tarak .. dan Singapura pun dapatlah tanah yang dikehendaki (mereka akan berkata ...kami pun ada share), tokey cina projek pun dapat keuntungan.

Pak Lah .. udah-udah laa tu .. jangan dok dengaq sangat cakap mamak telinga capang tu.

Negara kita memang telah diperbodohkan oleh Singapura semenjak merdeka lagi. Hanya pada zaman Tun Mahathir aktiviti memperbodohkan Malaysia berkurang, memandangkan status Tun Mahathir di kaca mata dunia.

Tapi sekarang ni telah menjadi-jadi semula, bermula dengan Jambatan Bengkok, kemudian mungkin Super Train ini pula.
Read More »

Pak Lah Dan Blogging ..Tanda Kemunduran ?

Dalam akhbar Star semalam, terpampang luas tajuk utama "Bloggers Beware". Perdana Menteri Malaysia memberi amaran bahawa mereka yang menyebarkan maklumat yang memburukkan kerajaan akan diambil tindakkan.

Keputusan itu telah dipersetujui oleh kabinet Malaysia. Penyebaran maklumat yang dimaksudkan adalah melalui Blog, laman-laman web dan SMS.

Pada pemerhatian pakcik, arahan itu dikhususkan kepada blog-blog seperti www.jeffooi.com atau Dato A Kadir Jasin. Blog pakcik ni tidak membincangkan banyak soal politik semasa.

Tindakkan seperti ini pernah dijalankan oleh Tun Mahathir dahulu, tetapi senario beliau adalah berbeza. Beliau berhadapan dengan satu komuniti internet yang amat sedikit tetapi agresif.

Senario tersebut berlaku pada tahun-tahun pakcik sendiri baru belajar ber-IRC. Ketika DSAI dipecat. Internet merupakan satu medium alternatif untuk maklumat disampaikan kepada orang ramai.

Berbandingkan dengan sekarang, ramai yang telah celik IT. Ramai yang pandai menulis emel dan mengutarakan pendapat, menceritakan hal-hal rahsia, menyebarkan maklumat dari Johor ke Perlis dengan pantas melalui MMS.

Walaupun golongan ini tidak begitu agresif dalam bersuara, tetapi kewujudan mereka yang ramai mungkin dapat menggugat undi Pak Lah pada masa akan datang. Bukan sikit, banyak tergugat oooii ..

Lebih-lebih lagi dalam isu salah faham Mahathir dan Pak Lah yang masih dalam suasana Perang Dingin, ramai yang cuba mengambil kesempatan.

"Saya tidak ada masalah dengan orang. Orang sahaja ada masalah dengan saya." Ramai yang bermasalah dengan Pak Lah, masalah air, masalah minyak, masalah jambatan, masalah OIC .. dan .." saya tidak ada masalah"

Pada hari yang sama juga Microsoft telah melancarkan Microsoft Space. Satu aplikasi laman web yang merupakan 'upgrade' daripada MSN. Terdiri daripada belbagai fungsi termasuk Blog. [ Laporan Pelancaran ]


Memang sejak dahulu lagi Microsoft menggalakkan Blogging di kalangan pekerjanya atas sebab-sebab tersendiri. Aktiviti Blogging menghasilkan penulisan, penulisan merupakan sebahagian daripada maklumat dan maklumat adalah initipati dunia internet.

Dan semua ini dihasilkan dengan percuma. Penulis menulis mengikut kesukaan mereka. Mereka tidak dibayar (sesen pun seperti pakcik ni) seperti penulis-penulis novel.

Situasi mengutuk bos, si Bill Gates, mendedahkan rahsia Microsoft, luahan hati pekerja kepada bos dan sebagainya wujud, dan mereka masih menggalakkan blogging. Kenapa agaknya ?

Dua senario yang berbeza, dua pemimpin dalam bidang yang berbeza, dua keputusan berbeza. Yang mana lebih bijak ?
Read More »

Wednesday, August 02, 2006

Teknologi Terkini ! Invisibleman !


Saya ada menerima satu emel daripada eGroup myMasjid bertajuk "Melayu Telah diBangangkan". Kandungan emel itu amat menarik, bercerita tentang meriam-meriam di zaman kesultanan Melayu Melaka. Melalui artikel itu juga saya pelajari bahawa umat Islam merupakan golongan pertama yang mencipta senjata api, mempelopori teknologi meriam.

Hari ini meriam tidak lagi digunakan lagi. Barat sentiasa mengkaji teknologi baru untuk menggantikan teknologi semasa. Sedangkan kita jauh ketinggalkan.

Utusan hari ini melaporkan bahawa doktor-doktor pakar bedah tidak lagi dibenarkan belajar di Eropah. Ini menunjukkan mereka tidak lagi berminat memindahkan ilmu dan teknologi kepada negara lain.

Kita seharusnya belajar untuk melakukan penyelidikkan dan pembangunan (RnD) sendiri untuk mencipta teknologi baru dengan teknologi yang sedia ada.

Terkini yang saya lihat dari Reuters, saintis mereka sedang mengkaji konsep halimunan. Kata mereka ia tidak mustahil dan akan "berada di pasaran" tidak lama lagi.

Bayangkan tentera-tentara musuh yang datang dalam bentuk invisible. Kita tak nampak jet, tak nampak kapal, tak nampak peluru berpandu, tiba-tiba sahaja kita boleh diserang. Apa yang boleh kita buat masa tu? Boikot TESCO ?

LONDON (Reuters) - It's unlikely to occur by swallowing a pill or donning a special cloak, but invisibility could be possible in the not too distant future, according to research published on Monday.

Laporan dari Reuters

Read More »

Mas naik harga ! Semua pakat lari naik FAX

Malaysia’s third national airline takes to the skies

MIRI: Malaysia’s third national airline - Fly Asian Xpress (FAX) - soared into the skies Tuesday, pledging to deliver efficient flight services to some 700,000 people at low-cost fares despite the frequent fuel price hike.


FAX, with its headquarters in Miri, will connect all the rural sectors in Sarawak and Sabah with major cities and towns in the two states. [ Star ]
Rakyat perlu faham sebab MAS naikkan tambang domestik
KUALA TERENGGANU 1 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat memahami keputusan Penerbangan Malaysia (MAS) menaikkan tambang domestiknya sebanyak 15 peratus bagi kelas ekonomi dan 25 peratus bagi kelas perniagaan berkuat kuasa 15 Ogos ini. [ Utusan ]


Melihat kepada rekabentuk laman web Fax ni, teringat dengan Air Asia. Ni yang saya hairan ni, apabila MAS sendiri dah tahu yang akan wujudnya syarikat penerbangan ketiga, kenapa perlu dinaikkan harga ? Balik-balik alasan yang diberikan adalah .. minyak ! minyak ! minyak ! Syarikat penerbangan lain guna air sejuk ?
Read More »