Thursday, August 03, 2006

Tiada Jambatan Bengkok, Hanya Jambatan Kedua Di Pulau Pinang.


Rakyat Pulau Pinang akan menikmati kemudahan terkini tidak lama lagi dengan terbinanya jambatan pulau pinang ke-2, dari Batu Maung ke Batu Kawan. Projek ini akan diuruskan oleh UEMB iaitu, organisasi pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang sekarang..

Jambatan kedua itu dikatakan perlu kerana keadaan sesak di jambatan pertama setiap pagi dan petang. Ye ker ? Tak percaya, tengok sini.

Pada pemerhatian pakcik, pembinaan jambatan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah kesesakkan. Ia cuma akan menyebabkan pembangunan pesat di kawasan-kawasan terbabit. Akibatnya harga rumah dan tanah akan melambung.

Dalam masa yang sama kerajaan pusat juga telah meluluskan cadangan pimbinaan monorel di Pulau Pinang. Kedua-dua projek ini merupakan salah satu daripada RMK9 Pak Lah.

Pada pemerhatian pakcik, projek Monorel ini ada pro dan kon. Projek semestinya akan dijalankan di kawasan bandar dan akan menjadikan Pulau Pinang popular kerana menjadi negeri kedua mempunyai monorel.
Ada apa-apa nak komen?

1 comment :

alamak said...

Saya orang johor. Dah xnak cerita kekecewaan bila projek jambatan indah tak jadi. Lebih kecewa bila dikatakan ramai rakyat Johor faham dan redha dengan keputusan Pak Lah.

Saya tak berkecil hati bila peruntukan ni dibawa ke Pulau Pinang. Tapi lebih elok jika duit tu di buat untuk memajukan tanah besar Pulau Pinang ( ie Butterworth, Kepala Batas etc). Biarlah orang Melayu merasa tempias lebih banyak...