Thursday, August 03, 2006

Pak Lah Dan Blogging ..Tanda Kemunduran ?

Dalam akhbar Star semalam, terpampang luas tajuk utama "Bloggers Beware". Perdana Menteri Malaysia memberi amaran bahawa mereka yang menyebarkan maklumat yang memburukkan kerajaan akan diambil tindakkan.

Keputusan itu telah dipersetujui oleh kabinet Malaysia. Penyebaran maklumat yang dimaksudkan adalah melalui Blog, laman-laman web dan SMS.

Pada pemerhatian pakcik, arahan itu dikhususkan kepada blog-blog seperti www.jeffooi.com atau Dato A Kadir Jasin. Blog pakcik ni tidak membincangkan banyak soal politik semasa.

Tindakkan seperti ini pernah dijalankan oleh Tun Mahathir dahulu, tetapi senario beliau adalah berbeza. Beliau berhadapan dengan satu komuniti internet yang amat sedikit tetapi agresif.

Senario tersebut berlaku pada tahun-tahun pakcik sendiri baru belajar ber-IRC. Ketika DSAI dipecat. Internet merupakan satu medium alternatif untuk maklumat disampaikan kepada orang ramai.

Berbandingkan dengan sekarang, ramai yang telah celik IT. Ramai yang pandai menulis emel dan mengutarakan pendapat, menceritakan hal-hal rahsia, menyebarkan maklumat dari Johor ke Perlis dengan pantas melalui MMS.

Walaupun golongan ini tidak begitu agresif dalam bersuara, tetapi kewujudan mereka yang ramai mungkin dapat menggugat undi Pak Lah pada masa akan datang. Bukan sikit, banyak tergugat oooii ..

Lebih-lebih lagi dalam isu salah faham Mahathir dan Pak Lah yang masih dalam suasana Perang Dingin, ramai yang cuba mengambil kesempatan.

"Saya tidak ada masalah dengan orang. Orang sahaja ada masalah dengan saya." Ramai yang bermasalah dengan Pak Lah, masalah air, masalah minyak, masalah jambatan, masalah OIC .. dan .." saya tidak ada masalah"

Pada hari yang sama juga Microsoft telah melancarkan Microsoft Space. Satu aplikasi laman web yang merupakan 'upgrade' daripada MSN. Terdiri daripada belbagai fungsi termasuk Blog. [ Laporan Pelancaran ]


Memang sejak dahulu lagi Microsoft menggalakkan Blogging di kalangan pekerjanya atas sebab-sebab tersendiri. Aktiviti Blogging menghasilkan penulisan, penulisan merupakan sebahagian daripada maklumat dan maklumat adalah initipati dunia internet.

Dan semua ini dihasilkan dengan percuma. Penulis menulis mengikut kesukaan mereka. Mereka tidak dibayar (sesen pun seperti pakcik ni) seperti penulis-penulis novel.

Situasi mengutuk bos, si Bill Gates, mendedahkan rahsia Microsoft, luahan hati pekerja kepada bos dan sebagainya wujud, dan mereka masih menggalakkan blogging. Kenapa agaknya ?

Dua senario yang berbeza, dua pemimpin dalam bidang yang berbeza, dua keputusan berbeza. Yang mana lebih bijak ?
Ada apa-apa nak komen?

No comments :