Ekoran dari itu, Presiden Bush mencuba pelbagai usaha untuk berbaik-baik dengan Mahathir, menjalinkan hubungan peribadi. Bush sedar, suara Mahathir dapat memberi semangat dan menaikkan kemarahan, mengejutkan gergasi yang sedang tidur.
Dunia amat berharap agar Mahathir terus menjadi presiden OIC. Kepimpinan beliau amat dikagumi. Track record beliau dalam memimpin Malaysia dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada perindustrian amat dikagumi oleh negara-negara Islam lain. Mudahan-mudahan nasib umat Islam akan berubah.
Namun, Mahathir terpaksa mengundur diri dari OIC apabila beliau bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. Walaupun banyak negara-negara Islam terasa kehilangan beliau, tetapi mereka berharap agar pengganti beliau, Dato Seri Abdullah adalah lebih baik, lebih lantang, lebih bijak.
Malangnya umat Islam seluruh dunia. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pak Lah tidaklah selantang Mahathir. Terbukti apabila kenyataan-kenyataan beliau dalam Persidangan Tergempar OIC baru-baru ini hampir-hampir tidak diberi perhatian oleh mana-mana media asing. Mungkin kerana kenyataan "biasa sahaja ..."
Berlainan pula dengan Ahmadinejad, Presiden Iran. Kenyataan beliau pada persidangan tersebut telah menjadi tajuk menarik oleh BBC dan CNN. Beliau bertegas yang Iran akan secara terbuka menyokong Hisbollah sehingga Israel lenyap dari peta dunia. Itulah matlamat asal penubuhan OIC !
Walaupun itu adalah suatu nada yang marah dan keras yang mungkin mengacum peperangan, tetapi suara dan semangat seperti itulah yang perlu dituip ke dalam diri para pemimpin-peminpin OIC agar negara-negara Islam yang lain bangun dan sedar.
Malangnya umat Islam. Apabila Pak Lah hanya terdaya mengirim sepucuk surat bantahan kepada Kofi Annan, sedangkan AS mampu mengirim roket dan bom kepada Israel.
Ini bukan lagi pertelingkahan persatuan di sebuah sekolah menengah, yang mana individu rujukan adalah guru besar. Tetapi ini adalah panggilan jihad ! Panggilan untuk mati.
Mungkin Pak Lah belum bersedia untuk mati. Mungkin Pak Lah takut sekiranya keputusan beliau akan mempengaruhi kedudukan politik beliau dalam negara. Atau mungkin Pak Lah mempunyai perancangan tersendiri yang tidak kita ketahui.
Yang pastinya kita telah tewas dari sudut ekonomi. Arab Saudi dan beberapa negara lain pernah menjalankan sekatan minyak pada tahun 1973 kepada barat sebagai bantahan penubuhan Israel. Barat berjaya melaluinya kerana beberapa negara seperti Syria dan Mesir tidak ikut serta, dan kini mereka lebih bersedia kalau-kalau sekatan itu berlaku sekali lagi.
Semenjak dari itu mereka sendiri mempunyai simpanan minyak yang secukupnya di negara sendiri. Kedudukkan mereka semakin kuat apabila Afganistan dan Iraq berada di bawah jajahan As. Tak perlu risau pasal minyak lagi.
Dari segi teknologi kita telah jauh ketinggalan. Kita hanya mampu membeli dan mengubahsuai senjata. Kita tidak mampu mencipta senjata sendiri. Kita juga tidak mempunyai perisian peperangan terkini untuk menganalisa situasi peperangan.
Yang kita ada hanyalah kuasa kesatuan. Yang kita ada hanya satu semangat yang terpendam. Yang kita ada hanyalah keinginan untuk melihat umat Islam tidak tertindas.
Tapi semua itu tidak akan menjadi kenyataan jika kita takut. Jika pemimpin kita takut. Jika pemimpin kesatuan negara-negara takut.
Apa mungkin kepimpinan OIC patut diserahkan kepada Ahmadinejad ? Kemudian Pak Lah bolehlah memberi lebih sedikit tumpuan untuk anak menantunya.
Ada apa-apa nak komen?
No comments :
Post a Comment