Friday, August 14, 2009

"Firman Allah di dalam surah Ar-R'ad 35 ayat , "Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka."

Kadang-kadang aku terfikir, setelah seorang itu bertukus lukus bermujahadah, beramal dan beribadat untuk tuhan, kenapa tuhan tempatkan dia di dalam taman dan tepi sungai? Kenapa tuhan tidak tempatkan dia di dalam bangunan macam Buruj Dubai tu? Atau banyak tempat yang "best" lagi yang tuhan boleh tempatkan, tetapi kenapa apabila disebut syurga, mesti juga disebut sungai.

Jadi aku sentiasa mencari tempat yang ada kebun yang menghijau dan ada sungai kerana jawapannya ada di sana. Subhanallah, kombinasi kehijauan dan air yang mengalir sentiasa mewujudkan rasa sejuk, rasa damai, rasa segar. Antara tempat-tempat yang wujud keadaan demikian adalah kat Cameron Highland ni laaa ... (ini jer tempat aku mampu sampai)

Tapi semua ini hanyalah dunia. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: "Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir".

Agaknya macam mana laa yer Cameron Highland kat syurga tu yer?

Mudah-mudahan anda dan saya yang baca artikel ni nanti pi sana tengok sendiri.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :