Monday, August 08, 2005


kete ayu.

Ni gambar kereta bini aku masa excident March 2004. Sebenarnya kita sebagai pengguna/pemandu/ pembeli kereta jarang sekali mendapat pendedahan tentang macam mana nak claim insuren.

Ramai TONTO yang tarik kereta macam gagak, duduk kat ceruk-ceruk. Apabila kemalangan, sama macam gagak dapat tikus mampus. Berkumpul ramai-ramai. Itulah yang berlaku.

Masa bini aku cedera kat kaki, apabila aku sampai aku tak kisah sangat pasal kereta. Priority aku nak bawak bini aku ke tempat selamat dan rawat. Aku bawa pi klinik, jahit 3 jarum beb.

Anyway, bila kereta dah siap, cina tu telefon aku pergi ambik. Kebetulan kereta tu atas nama abang ipar aku, jadi aku tak nak menyusahkan dia, bayar jer apa yang patut. Janji kereta boleh jalan. Tapi aku tahu ler cina tu tipu. Sebagai pengajaran yang ingin aku nak kongsi bersama, kalau perkara kemalangan ini terjadi kat korang, sila pastikan.

1. Amik no pendaftaran kereta yang korang langgar atau kereta yang langgar korang tu.

2. Kalau gagak nak tarik. Cakap kat dorang insuren apa korang pakai. Kalau dia bukan pannel tunggu orang lain. (Tapi biasanya dorang ni semua boleh punya)

3. Kalau kereta korang, atas nama orang lain dan pemilik kereta tak namakan korang sebagai pemandu, korang kena bayar RM400 kat syarikat insuren. Kalau boleh suruh jer gagak tu bayar. Kalau dia cakap ok, tanya jaminan. Kenkadang yang kasi komitmen para pekerja, tapi at last bos dorang kata tak boleh, keeenaa jugak bayar. So, amik perhatian hal ini.

4. Lepas tu kena buat report polis dalam masa 24 jam. Biasanya gagak-gagak ni yang tolong buat, korang cuma atten dan sain jer dokumen. Kalau korang alami kecederaan, boleh amik MC, lepas MC baru buat.

5. Kalau korang langgar orang, memang kena bayar saman RM300.00. Kalau tak der polis report insuren tak boleh proses.

6. Bila dah ada polis report amik salinan. simpan.

7. Seterusnya tunggu kereta siap.

8. Bila datang amik kereta, JANGAN LUPA mintak senarai menda yang dorang baiki. Selagi dorang tak kasi menda tu, jangan bayar duit insuren RM400.00 tadi atau sain apa-apa dokumen.

9. Kalau dorang nak simpan kereta, telefon jer syarikat insuren cakap, dorang dah siap kereta tapi tak nak release. Dorang mungkin akan caj sebab simpan kereta kat garaj korang, tapi korang kena ingat, bukan korang yang tak nak amik. Tapi dorang yang tak nak kasi kereta. :p

10. Setelah dapat senarai dokumen barang yang dorang repair. Check. COUNTION .. mesti korang terkejut melihat nilai atas kertas dengan kerja yang dorang buat. Kenkadang tu repair tak sampai RM1000 tapi claim sampai RM19 ribu. - ini gagak punya cerita. Jangan lupa makesure senarai yang dia kasi tu ada cop atau tandatangan. Nanti dia cakap korang buat sendiri pulak.

11. Bayar apa yang patut, sain apa yang patut. Lepas tu korang bawak ler kereta korang pi kat mana-mana makenik, tafsir balik harga. Kalau lain dari nilai atas senarai. Call syarikat insuren, report. Biasanya korang akan diminta untuk bawa kereta untuk semakkan pegawai insuren, lepas tu dia nanti nilai balik.

12. Kedai gagak tu mesti telefon korang balik. But what to do.. urusan setakat itu saja.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :