Friday, August 11, 2006

Siapa Lebih Bahagia ?

"Mummy why daddy want to marry again.." antara baris laporan temuduga wartawan Nona, Kiffy dengan Tengku Zawyah dan anak-anaknya.

Daripada gambar dan laporan dalam majalah Nona itu, ternyata Tengku Zawyah adalah seorang manusia biasa, berkarisma dan lawa. Beliau juga seorang dari keturunan karabat raja Kedah, pernah berkhidmat dalam bidang pendidikan. Beliau juga seorang ibu yang dikasihi oleh anak-anak.

Dan mengikut buku "Kalau Jodoh Tak Ke Mana", beliau telah diceraikan oleh Dato K atas alasan derhaka kepada suami.

Tertanya-tanya dalam hati ini dua persoalan.

Jika tidak wujud Siti, adakah Dato K akan menceraikan isterinya .... atau sekadar memaafkan ? Ini kerana kedua-duanya telah berumah tangga sekian lama, anak-anak telah pun membesar. Tidak mungkin kemaafan adalah sesuatu yang asing dalam perkahwinan yang dikira telah matang.

Pernah atau tidak Siti terfikir jika dirinya berada di tempat Zawyah sekarang ? Bukankah wanita lebih memahami isi hati wanita? Ke mana keikhlasan Siti yang selama ini ditonjolkan? Secara tak langsung runtuh kredibiliti yang dibina sejak awal karier beliau.

Sungguh menghairankan penyanyi pujaan No 1 Malaysia, yang dijaga rapi, dikawal ketat, dihalang untuk berlakon filem, akhirnya menjadi salah-satu sebab perpisahan rumahtangga orang lain. Bagaimana beliau dapat hidup bahagia dengan menyedari hakikat ini ?

Dato K sendiri, sudah tentu beliau menghadapi tekanan dari semua pihak. Lebih-lebih lagi anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Bolehkah beliau mengimbangkan antara isteri muda dan anak-anak. Bolehkah beliau menikmati kebahagian sebagai seorang ayah?

Anak-anak sendiri pula terpaksa menerima semua ini walaupun mereka belum mengerti. Penceraian akan memberi kesan negatif kepada remaja atau kanak-kanak. Banyak kajian menunjukkan kebanyakkan anak-anak yang mempunyai ibu-bapa yang bercerai akan membesar sebagai individu "bermasalah".

Berkata Dato K di media, perpisahan ini tiada kaitan dengan kehadiran Siti. Mungkin statement itu dapat menipu anak bongsu Tengku Zawyah. Tetapi jika dikaji secara forensik, kronologi penceraian Dato K berlaku selepas perkenalan dengan Siti. Malah tuntutan di mahkamah baru sahaja selesai.

Mungkin tak perlu dirisau pasal Siti atau Dato K. Semoga mereka berbahagia sehendakNya. Tetapi kasihan Zawyah, sebab di Malaysia sekarang dah tambah seorang lagi janda.

Justeru, jika dilihat dari kaca mata burung, siapakah yang lebih bahagia ?
Ada apa-apa nak komen?

3 comments :

Anonymous said...

He he...kalo tgkkan sejarah penyanyi no 1 Malaysia sblom ni...sumer end up entah apa2 so x terkecuali la minah ni.
Apa2 pon ni pilihan dia....like my mum slalu kata...sendiri pilih...sendiri la tanggung.

p/s actually meluat baca kisah dia..he he

Anonymous said...

cantik rupa Tengku Zawyah walaupun telah berusia 44 thn.Kalau CT bila menjangkau usia 44 thn bagaimanakah agaknya sedangkan sekarang kalau tidak ditepung komak muka nya toye semacam.Apa pun bersabar lah TZ hidup lah gembira dan bahgia bersama anak anak anda.Anggap lah ini dugaan hidup anda walaupun pahit untuk ditelan. Mungkin Allah sygkan anda sebab itu diduga sejauh mana kekuatan iman anda..........

Anonymous said...

Assalamualaikum, kebahagiaan adalah hak milik setiap insan (hehehe) malangnya kebahgiaan sering kali ingin dicapai dengan meruntuhkan kebahgiaan org lain. Dlm hal ini,apis malas nak komen pasal Siti,sbb mmg meluat bila tgk publisiti pasal dia kahwin tu. Yg apis nak ckp ni, pasal Dato K, seorang LELAKI,jgnlah mudah meninggalkan kebahgiaan hanya kerana memikirkan kehendak dan kemahuan sendiri..malu woo tgk lelaki camtu!