Tuesday, May 31, 2005

Al-Hadith : 262

Dari 'Aisyah ra, katanya , "Ada seorang anak perempuan hitam, hamba kepunyaan seorang Arab yang kemudian dimerdekakannya, namun begitu masih tinggal bersama-sama dengan mereka"

"Hamba itu bercerita, pada suatu hari, anak gadis mereka keluar rumah dengan memakai selendang kulit berwarna merah. Kemudian selendang itu mungkin diletakkan atau mungkin jatuh. Lalu datang seekor burung helang lalu menyambar selendang itu kerana disangkakan daging. Lalu mereka sekeluarga mencari selendang itu tetapi tidak jumpa. Lalu mereka menuduh anak perempuan hitam itu yang mengambilnya dan mereka memeriksanya dengan begitu teliti, sehingga kemaluannya juga diperiksa."

"Hamba itu berkata, demi Allah, ketika saya berdiri bersama-sama mereka, tiba-tiba burung helang itu terbang lalu menjatuhkan selendang itu kembali tepat diantara mereka. Katanya, 'Inilah yang anda semua tuduh ke atasku, sedangkan aku tidak bersalah. Inilah dia ! Inilah dia !' "

"Kemudian hamba itu datang kepada Rasullulah saw lalu memeluk Islam. Semenjak itu dia memperolehi sebuah tempat tinggal di masjid; sering datang bercakap-cakap denganku. Setiap kali dia duduk dekatku dia selalu berkata, ' Dan hari selendang itu adalah satu keajaiban dari Tuhan kita. Ingatlah ! Peristiwa itu telah melepaskanku dari belenggu kekafiran. '"

Kata 'Aisyah pula, "Aku bertanya kepadanya apa sebabnya setiap kali anda duduk dekat denganku, anda selalu berkata begitu? Maka diceritakan kepadaku cerita Selendang Merah itu"

Sahih Bukhari I, Kitab Solat.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :