Tuesday, May 31, 2005

Al-Hadith : 75

Dari Abu Hirairah ra, katanya ada orang bertanya kepada Rasulullah saw, "Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu di hari kiamat?"

Jawab Rasulullah saw, "Saya kira, hai Abu Hurairah belum ada orang bertanya perkara ini kepadaku sebelum ini. Mungkin barangkali kerana saya lihat engkau sangat rakus dalam mendapatkan hadith. Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku hari kiamat, ialah orang yang mengucapkan La ilaaha ilallah, benar-benar ikhlas dari hati dan seluruh jiwanya."

Sahih Bukhari I, Kitab Ilmu.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :