Tuesday, May 31, 2005

Al-Hadith : 599

Diberitahu dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Waktu seseorang sedang tidur, setan membuat tiga buah simpul dikepalanya. Untuk setiap simpul itu ia berkata, 'Tidurlah engkau sepanjang malam.'

Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwudhu', lepas pulalah satu simpul dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpul. Maka waktu bangun bagi dia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan yang serba tidak enak dan malas."

Sahih Bukhari I, Tahajjud.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :