Tuesday, May 31, 2005

Al-Hadith : 666

Dari Anas ra, katanya, Nabi saw bertemu dengan seorang wanita yang menangis di samping kubur. Nabi saw bersabda kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan sabarlah."
Jawab wanita itu, "Pergilah kamu! Sebab kamu tidak merasakan penderitaan yang ku derita ini."

Sesungguhnya wanita itu tidak kenal dengan Nabi saw. Maka orang memberitahu kepadanya bahawa itu adalah Nabi saw. Lalu dia terus menemui Nabi saw tanpa melihat seorang penjaga pun (terus menemui Nabi).

Katanya kepada Nabi saw, "(Maaf) Saya tidak mengenali tuan."

Sabda Nabi saw, "Sesungguhnya sabar itu (diperlukan) ketika permulaan musibbah."

S. Bukhari II :: Jenazah.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :