Saturday, March 25, 2006

Jangan Jual Idea, Idea Adalah Ilham.

Jangan Jual Idea, Idea Adalah Ilham. Ilham adalah ilmu. Ilmu tidak boleh dijual !

Kadang-kala aku terfikir, kenapa orang jual Idea Business ? Sedangkan orang kaya macam Donald Trump sendiri tak pernah menjual idea. Mereka akan berebut-rebut mendapatkan idea, untuk dilaksanakan dan direalisasikan.

Sebenarnya, perkara ini adalah olahan "bekerja dari rumah" gaya pos yang popular pada tahun 80-an. "Sila hantar wang pos Rm5.00, sampul serta setem beralamat sendiri untuk mendapat salinan idea business" Bezanya hari ini, ia dilaksanakan melalui internet. Dengan mengambil pendekatan berselindung "berniaga melalui internet"

Minda kita terlalu sempit, bukan minda melayu, tetapi minda umat manusia amnya. Sememangnya manusia jika diberi satu lembah emas, mereka akan mahukan lembah yang satu lagi.

Mereka yang mempunyai minda yang luas pula ada dua jenis. Pertama mereka yang percaya dengan akhirat, kedua mereka yang percaya dengan kehidupan semata-mata.

Mereka yang mempercayai akhirat, semestinya mereka yang beragama Islam, yang mengamalkan kesederhanaan dalam hidup. Sudah tentu iklan "Jadi jutawan internet" tidak akan mempengaruhi langsung kehidupan seharian mereka. Jika kita bersyukur dengan kehidupan dan tidak mempunyai hutang, maka kita adalah jutawan. What else do you want ?

Mereka yang tidak mempercayai akhirat, yang bukan Islam, kita ambil contoh, Donald Trump, tidak pula pernah menjaja idea untuk belian orang lain. Sebaliknya mencipta idea sendiri untuk dilaksanakan, ataupun mendapatkan idea orang lain, mengeluarkan modal untuk orang itu melaksanakan kekretivitiannya. That's the real millionaire.

Kedua golongan ini mempunyai minda yang luas. Mereka melihat dunia mereka dari kaca mata burung, seorang hanya nampak neraka yang dipenuhi dengan wanita dan golongan kaya. Jadi, jika anda tampil dengan seribu satu macam idea untuk mereka menambah pendapatan, mereka yang tidak berminat.

Seorang lagi pula seorang ikan besar yang menunggu masa untuk memakan ikan-ikan kecil. Mereka sentiasa meneliti dan mencari peluang untuk menambah pendapatan. Jika idea sendiri, mereka akan laksanakan sendiri. Jika idea orang lain yang difikirkan bernas, mereka yang mengeluarkan modal untuk orang itu.

Jadi apakah jenis golongan yang menjual idea ini ?

Secara peribadi, saya rasa mereka adalah gologan yang pandai mengambil kesempatan dengan mereka yang berfikiran lemah dan sempit.

Jika benar idea itu baik ? Mengapa harus dijual ? Bukankan umat islam umat berfikir dan umat yang berusaha.

Jika benar sudah bosan dengan kekayaan ? Kenapa tidak berikan sahaja idea tersebut kepada mereka yang susah ? Derma wang kepada anak yatim.

Sebab mereka hendakkan sesuatu yang ada pada anda ? Mereka hendakkan wang anda, lalu menepulasikan kemahuan anda untuk menambah pendapatan. Hanyalah sebuah muslihat.

Perniagan yang halal tidak mengambil kesempatan keatas orang lain. Perniagaan yang halal tidak dilaksanakan dengam muslihat.

Perniagaan yang halal adalah perniagaan yang ihsan, yang sekadar menukarkan barangan atau keperluan dengan wang, untuk memenuhi keperluan pembeli.


Just a tought. Wallahualam.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :