Sunday, March 26, 2006

Service Mesti Baaaiiikkk ...

Petang tadi saya hantarkan kereta untuk dicuci di satu tempat di Relau, Stesen Shell. Taukeh dia orang melayu. Not too friendly, but kerja dia memang puas hati.

Kenapa puas hati, sebab kereta cantik dia cuci. Dan kalau ada customer complain, dia akan solvekan.

That is a true businessman.

Kalau orang pergi belajar tinggi-tinggi sampai MBA, perkara ni laa dorang akan belajar.

Tapi kebanyakkan usahawan melayu, hit-and-run. Kalau mereka melaku macam abg tu buat, saya rasa mereka akan berjaya dalam semua bidang.

Saya banyak kenal dengan orang yang sebegitu, kalau time jual PC punya laa canggih dia explain. Bila PC kong, aduhai, telefon pun tak angkat. Apabila dapat dihubungi disuruh customer tersebut menghantar PC ke kedai semula. Padahal, semasa beli, dia yang hantar sampai ke rumah.

Kalau macam tu siapa nak beli PC dengan dia lagi.

Contoh tersebut adalah orang bukan melayu tapi Cina. Lalu orang berkata, Cina ! Tak tipu tak sah !

Sebenarnya sikap begitu bukan sahaja ada pada golongan cina, melayu pun ramai jugak. Kalau tidak, tak kan MRR2 boleh retak. Tak kan kereta proton kalau dalam sepuluh, sepuluh-sepuluh yang tak perfect, lingkup, tronji (kata bapa saya), mesti ada error kat mana-mana.

Tapi keadaan berbeza apabila keyboard notebook saya rosak. Satu emel sahaja kepada Dell, 5 panggilan yang saya terima. Mereka datang ke rumah untuk membaiki. Malah, keyboard bukan salah satu barang yang dibawah Warraty, tetapi diganti percuma.

Itu cara mat salleh.

Hasilnya, sehingga hari ni jika ada yang ingin membeli komputer riba, akan saya cadangkan. Bukan Tagg ..

Just another thought.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :