Tuesday, August 01, 2006

Bagaimana Kita Sebenarnya Dapat Membantu Palestine ?


Ada beberapa orang yang bertanya saya, "eh pakcik, hang tak join demo ka, bakar bendera Israel? " saya jawab balik. "Kalau setakat berdemo, muka masuk paper Utusan, macam Khairi Jamaluddin, buat tu ada guna ker? Presiden Israel , Moshe Katsav agak-agak seminggu berapa kali baca paper Utusan ?"

Sebenarnya pada pendapat saya, memang tak guna berguna pun. Secara politik, ia merupakan satu aktiviti mengekspresikan protes. Namun secara hakikat, ia sedikit pun tidak membantu, sebab protes tu tidak akan dihiraukan. Walaupun sehebat mana pun, kalau berjaya protes itu, ia hanya akan menghentikan peperangan, tetapi tidak dapat menghalang azab.

Habih tu .. tak boleh nak bantu ?

Boleh ! Malah, anda yang sedang membaca tulisan ini boleh membantu, SERTA MERTA kalau anda mahu. Tak payah duit, tak payah pergi perang !

Muhasabah Diri Dan Bertaubat

Ada sepotong hadith riwayat Abdullah Bin Umar r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: apabila allah ingin menyeksa sesuatu kaum nescaya azab-Nya akan menimpa sesiapa sahaja yang berada di kalangan mereka. Kemudian mereka akan dibangkitkan mengikut amalan yang telah mereka lakukan. [ Sumber ]

Sedarkah kita yang bala dan bencana yang menimpa umat Islam seluruh dunia, tsunami di Acheh, di gempa bumi di Pakistan, tsunami di Jawa, termasuk serang di Lubnan, Iraq, Afganistan, kekejaman di Bosnia, perang saudara di Somalia semua itu merupakan bencana daripada Allah swt kepada manusia.

Allah swt Maha Penyayang .. Dia tidak akan sengaja mendatang azab melainkan ada sebab.

Jadi berdasarkan hadith di atas, apabila umat Islam, sana- sini melakukan dosa. Maka datanglah azab Allah, ia seperti ombak besar yang tak dapat dihentikan. Semua hancur. Bukan setakat mati, tetapi musnah.

Sekiranya anda berfikit untuk menyelamatkan Palestine sekarang, tak perlu demo, tak perlu hulur duit. Semua itu boleh dilakukan kemudian.

Sekarang ni, berhenti sekejap lima minit, dan ucaplah dalam hati "Allah-humagh-firli" (Ya Allah ampunkan aku) atau "Astag-fir-ullah-hal-azim" (Aku beristigfar kapada Allah yang Maha Besar) .. mungkin seratus kali. Kemudian bersalawat ke atas Rasulullah saw dengan penuh kasih sayang. Semoga Allah swt menambahkan rahmat kepada baginda. Mohonlah ampun sekali lagi untuk diri sendiri, ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak, selepas tu mintalah kesejahteraaan daripada Allah swt untuk semua umat Islam.

Kalau semua umat Islam melakukan ini, satu dunia, serentak. InsyaAllah semua akan diampunkan, semua bala akan ditarik balik.

Wahai insan prihatin, sebarkanlah perkara ini kepada rakan-rakan anda.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :