Tuesday, August 01, 2006

Orang Melayu Memang Mudah Percaya !


KUALA LUMPUR 31 Julai – Lebih 10 orang kenamaan (VIP) termasuk pegawai tinggi kerajaan yang dijanjikan keuntungan besar dalam projek-projek tertentu kerugian lebih RM20 juta apabila ditipu seorang wanita bergelar ‘Sharifah’ dalam beberapa kes berasingan, sejak tiga tahun lalu. [ Daripada Utusan ]

Inilah yang saya gelar budaya kancil dan buaya. Buaya yang tamak selalu kena tipu dengan kancil. Sebenarnya kancil bukanlah satu watak yang 'baik' dalam cerita dongeng itu, hati-hati apabila mendidik bebudak kecil. Kita nak mereka jadi macam McGyver, tetapi mereka jadi macam Saywer pulak.

Kes di atas itu adalah satu kelaziman yang berlaku kepada orang Melayu kerana dua sebab, tamak dan tiada ilmu. Apabila didatangi dengan perkataan "JUTA", "Pangkat Dato", "Pangkat Dr", mereka akan berkata .. dia ni betul ni.. !

Dalam dunia internet pun ramai juga buat perkara macam tu. Menggunakan perkataan "jutawan internet" sebagai umpan. Hasilnya memang menarik perhatian.

Berikut merupakan cara-cara menyemak seseorang sebelum mempercayai beliau adalah jutawan internet :




  1. Semak domain name.Ini untuk menentukan tarikh laman web diwujudkan, sejak tahun berapa, oleh siapa dan di mana. Semakkan boleh dilakukan di beberapa tempat seperti di Access WhoIs, Better Whois, Network Solution. Masukkan sahaja nama domain dan alamat pemilik, tahun, server akan dibentangkan. Dari situ kita boleh mengetahui identiti sebenar.
  2. Semak trafik.Tujuan adalah untuk menentukan trafik ke laman web tersebut adalah benar-benar tinggi. Bayangkan Dato K, mengadakan Majlis Persandingan besar-besaran dengan setengah juta ringgit. Seseorang yang mengaku mendapat berjuta-juta melalui internet sudah tentu mempunyai laman web bertrafik tinggi dan sistem feedback yang tersusun dan pantas untuk berinteraksi dengan keperluan pelanggan.

    Semakkan trafik boleh dilakukan di Alexa. Maklumat di Alexa bukanlah tepat sangat, tetapi ia boleh digunakan untuk perbandingan. Setelah itu, semak trafik laman-laman web seperti Utusan Online atau Cari bandingkan dengan laman jutawan tadi. Sepatutnya laman jutawan tadi berada "di atas", dan fikir sendiri hasil analisis ini sekiranya sebaliknya.
  3. Semak sejarah laman web.Ini adalah satu fakta yang tidak boleh ditipu. Laman web kita dalam internet semuanya disimpan di satu tempat. Kita boleh lihat semula laman web lama-lama kita di Webarchive.org. Masukkan nama domain dan klik search, anda akan dapat lihat bagaimana rupa laman jutawan itu sebelum ini. Kalau tidak ada, bermaksud laman web tersebut tidak tersohor dan masih muda. Jika tidak terkenal, bagaimana boleh mengaut keuntungan berjuta ?
  4. Ilmu internet.Kalau nak belajar tentang internet, boleh lihat di Training.Org, murah dan banyak pakar-pakar internet sebenar. Jangan buang duit beli e-book yang menawarkan "kejutawanan" anda akan berakhir dengan sedikit ilmu internet dan banyak penyesalan. Seperti MLM ramai yang peringkat awal ok, tetapi selepas 2-3 bulan lepas tu perasaaan menyesal lalu wujud.
  5. Fakta tentang Corey Rudl.Kebanyakkan mereka akan cuba meniru Corey, atau gaya Corey. Corey merupakan seorang jutawan internet yang menjual eBook tentang kereta (CarSecrets) . Beliau bermula dari hanya sebuah domain dan mendapat pulangan sehingga 8 juta dalam masa 5 tahun dan mempunyai sebilangan pekerja-pekerja, bukan kerja seorang diri !

    Beliau mempunyai kepakaran dan minat yang mendalam tentang kereta, sehingga ramai yang sanggup mengeluarkan wang untuk belajar tentang kereta dari beliau. Apabila telah berjaya, beliau mula mengajar teknik pemasaran internet. Antara kandungan seminar beliau adalah mengajar anda membina laman web berdasarkan kepakaran atau minat yang ada pada diri anda.

    Corey meninggal kerana kemalangan jalanraya pada tahun 2005. Tak sempat menikmati kekayaan.

    Di AS selepas itu, ramai yang cuba tiru Corey, pura-pura mengaku jutawan dan menjual semula eBook beliau, menjual teknik beliau atau mengadakan seminar seperti beliau.
Semak jutawan anda, pastikan dia bukan 'clone' puak-puak (peniru Corey) di atas tadi. Ilmu itu penting, tanpa ilmu kita akan ditipu, kerana ilmu kita juga boleh kena tipu. Jadi, carilah guru yang tidak mengharapkan sesen pun dari anda, melainkan ganjaran akhirat.
Habih guru tu nak makan apa ? Eh .. dia kan ada business juta-juta, buat apa ambil duit anda ?
Ada apa-apa nak komen?

No comments :