Tuesday, August 01, 2006

Mari Berhibur Untuk Mereka Yang Bersedih ?

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan khas 'Malam Ekspresi Kezaliman Yang Direstui' bukan sekadar rancangan hiburan biasa sebaliknya merupakan satu wadah untuk membangkitkan kesedaran dan keprihatinan rakyat terhadap kekejaman Zionis di Lubnan.Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin berkata rancangan itu walaupun menggunakan pendekatan popular dengan menerbitkan program hiburan, namun stesen itu tidak lupa tanggungjawab sosial untuk menerapkan rasa prihatin masyarakat terhadap kekejaman Israel. [ Bernama ]

Benarkah dan bolehkah dan patutkah kita berhibur untuk membangkitkan kesedaran ? Bolehkah prihatin timbul melalui hiburan ? Mungkin boleh timbul kesedaran, tetapi bukan keinsafan. Mari kita tunggu dan lihat ...
Ada apa-apa nak komen?

No comments :