Monday, August 07, 2006

Korban Demi Pelajaran ?

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Berbaloi! Biarpun terpaksa menanggung hutang beribu ringgit akhirnya impian Faizal untuk bergelar juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4) menjadi kenyataan.

Nyata usaha bapanya, Ramly Yaacob berhutang untuk memastikan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) Faizal mengatasi pelajar lain tidak sia-sia.

Buktinya, malam ini bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Faizal atau nama sebenar Mohammad Faizal Ramly, 22, berjaya mengalahkan empat pelajar lain dengan jumlah undian 34 peratus. [ Utusan ]

Sukar dipercayai, tetapi itulah hakikatnya seorang, bapa yang sanggup menggadai tanah untuk memastikan anaknya menang dalam sebuah pentandingan hiburan.

Pada zaman 50-an, zaman British masih menjajah. Zaman orang Melayu mula sedar dengan kepentingan pelajaran. Ada ramai dari kalangan orang-orang susah yang berusaha menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Hasil dari persekolahan ini terbentuk satu generasi yang mulai sedar ilmu itu penting. Generasi ini kebanyakkan bekerja sebagai kerani, guru dan sebagainya. Kebanyakkan mereka sudah 'pencen' pada hari ini.

Generasi itu membesar lalu menjadi para ibu bapa zaman 70-an. Zaman 70-an bukan zaman kesenangan untuk Malaysia. Walaupun telah merdeka, tetapi Malaysia masih lagi sebuah negara pertanian.

Sesiapa yang mempunyai kereta masih dikira HEBAT ! Siapa yang ada telefon masih lagi dikira HEBAT ! (Siapalah Dato K pada zaman itu yaa .. ?)

Pada zaman itu, universiti tempatan telah pun dibina. Itulah matlamat ibu bapa zaman 70-an, memastikan anak-anak ke menara gading. Jika dulu mereka hanya tamat "STANDARD 3", mereka berusaha memastikan anak-anak mereka tamat sekurang-kurangnya sehingga LCE.

Di zaman itu kepentingan pelajaran semakin disedari oleh orang-orang melayu. Kebanyakkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk tujuan pendidikan. Kerajaan juga menggubal banyak dasar-dasar untuk memastikan orang Melayu terdidik.

Di zaman itu juga, kita melihat ramai ibu-bapa yang menjual dan menggadai tanah untuk memastikan anak-anak mereka terus belajar, sama ada di dalam atau di luar negara. Satu usaha yang dikira berbaloi apabila anak-anak itu membesar, mengenang jasa ibu bapa dan kembali berbakti.

Semalam, Faizal memenangi AF dan dikhabarkan bapanya menggadaikan tanah untuk memastikan anaknya menang. Hutang pula dilaporkan bernilai beribu ringgit.

Semua wang tersebut digunakan untuk mengundi si anak. Hanya ada dua komen untuk ini. Pertama, kualiti seni hiburan akan menurun jika semua meniru cara ayah Faizal. Faizal bukanlah yang terbaik dari kalangan semua peserta. Kedua, apa benar perlukah anaknya itu menang ?

Jika kita renung dan fikir, apa yang mereka dapat sebenarnya ? Adakah pendidikan ? Oh tidak sama sekali. Mungkin itu adalah pelaburan untuk mencari nama dalam bidang hiburan, tetapi bukan pendidikan.

Pakcik masih hairan, kenapa ayahnya sanggup bebuat demikian. Tak dapat nak faham. Tak faham. Tak akan faham. Mudah-mudahan tidak akan melalui perkara itu untuk faham.
Ada apa-apa nak komen?

2 comments :

Anonymous said...

For me ni sumer membazir jek. Maybe masa skang ni org lebih pentingkan hal2 camni.
Agaknyer family dia pk kalo anak dia ni menang n poplar...bole la diorang idup senang cam juara musim lepas tu.
Mungkin gak diorang rasa ni salah satu usaha utk mencari rezeki..he he. X tau ler...
Camner pon, I still feel yg diorang ni membazir...kalo sedekah dpt ler gak pahala...hmmm

Anonymous said...

Music itu haram ,
apa saja yang di boleh didefinasikan sebagai menyokong yang haram itu berdosa besar ,
mengundi boleh di definasikan sebagai menyokong ,
maka mengundi iu haram..

mengenai bapak faizal tu , cubalah kita fikirkan , apa akan jadi jikalau anaknya tu tak dapat no 1 ? hutang sana sini .tanah tergadai