Wednesday, August 02, 2006

Teknologi Terkini ! Invisibleman !


Saya ada menerima satu emel daripada eGroup myMasjid bertajuk "Melayu Telah diBangangkan". Kandungan emel itu amat menarik, bercerita tentang meriam-meriam di zaman kesultanan Melayu Melaka. Melalui artikel itu juga saya pelajari bahawa umat Islam merupakan golongan pertama yang mencipta senjata api, mempelopori teknologi meriam.

Hari ini meriam tidak lagi digunakan lagi. Barat sentiasa mengkaji teknologi baru untuk menggantikan teknologi semasa. Sedangkan kita jauh ketinggalkan.

Utusan hari ini melaporkan bahawa doktor-doktor pakar bedah tidak lagi dibenarkan belajar di Eropah. Ini menunjukkan mereka tidak lagi berminat memindahkan ilmu dan teknologi kepada negara lain.

Kita seharusnya belajar untuk melakukan penyelidikkan dan pembangunan (RnD) sendiri untuk mencipta teknologi baru dengan teknologi yang sedia ada.

Terkini yang saya lihat dari Reuters, saintis mereka sedang mengkaji konsep halimunan. Kata mereka ia tidak mustahil dan akan "berada di pasaran" tidak lama lagi.

Bayangkan tentera-tentara musuh yang datang dalam bentuk invisible. Kita tak nampak jet, tak nampak kapal, tak nampak peluru berpandu, tiba-tiba sahaja kita boleh diserang. Apa yang boleh kita buat masa tu? Boikot TESCO ?

LONDON (Reuters) - It's unlikely to occur by swallowing a pill or donning a special cloak, but invisibility could be possible in the not too distant future, according to research published on Monday.

Laporan dari Reuters

Ada apa-apa nak komen?

1 comment :

Anonymous said...

Hmm ... teringat novel 1511 Kombat oleh Faisal Tehrani di mana orang Islam menguasai teknologi yang dipelajari dari Barat dan dikembangkan sesuai dengan keperluan Islam. Entah bila ia akan menjadi satu realiti...