Friday, November 12, 2010

Jangan Kena Tipu Dengan Dr Faizal

Assalamu'alaikum,

By the time posting ini disiarkan, mungkin dah ramai pengguna myJodoh yang kena tipu dengan invididu yang mengaku sebagai Dr Faizal. Mungkin dia akan berdiam diri sebentar, tapi dah tentu dia akan muncul semula di mana-mana di tempat lain di internet. Justeru, posting ini dibuat di blogspot dan disebarkan ke group tertentu untuk peringatan umum.

Matlamat Penipuan:
- Ambik duit tabung haji mangsa dan juga barangan lain.

Risiko:
- Wanita bujang berusia 35 ke atas.
- Guru / Pensyarah

Modus Operandi:
- Mengaku sebagai Dr Faizal Iskandar Bin Abdul Ghani, umur 38-40 tahun.
- Mengaku dapat PhD dari Edinburgh
- Mengaku sedang mengajar di UPSI.
- Mengaku sebagai anak angkat menteri besar johor.
- Mengaku pulang ke Malaysia untuk mencari pasangan hidup.
- Mengaku mangsa adalah antara ramai-ramai calon yang dipilih oleh keluarga.
- Berjanji akan menghantar rombongan meminang.
- Berjumpa dengan keluarga mangsa.
- Akan melangsaikan semua hutang bank mangsa selepas kahwin dan bawa mangsa ke luar negara.
- Akan meminjam notebook, telefon bimbit .. dll
- Selalu dihubungi oleh Datin semasa mangsa "dating" (mungkin bukan datin pun)
- Datin akan menghadiahkan kereta kepada mangsa semasa bertunang.
- Akan pergi umrah selepas kahwin.
- Meminta mangsa membuka akaun Bank Islam (link dengan Tabung Haji)
- Mintak kad bank Islam untuk urusan tertentu. Memulangkan semula, tapi bukan kad mangsa.
- Akan memberikan kad kredit pendua kepada mangsa, senang nak beli barang hantaran.
- Mintak nombor PIN untuk didaftarkan ke kad kredit baru. Mangsa akan diminta memberikan nombor PIN bank Islam supaya mudah ingat. (Melalui telefon)
- Keluarkan duit tabung haji anda.

Laporan Polis
- Setakat yang saya tahu ada dua laporan polis dari pengguna myJodoh yang telah dibuat ke atas pengguna ini. Salah seorang yang di atas berkata, semasa laporan dibuat, beliau bukan kes pertama atau kedua atau ketiga.

Emel digunakan
- dr_faiz71@yahoo.com
- faidaiskandar26@yahoo.com
- mohamadradzi35@yahoo.com

Gambar
Tiada. Sesiapa yang ada, sila emel saya untuk diletakkan di sini.

Nombor telefon terakhir
- 0129130116

Profile myJodoh
- http://www.myjodoh.net/?mod=user_show&id=165931

Ip Terkakhir di myJodoh
- 120.141.9.21 (P1WMax) pada 2010-10-28 10:16:39

Komen Saya
Modus operandi yang disenaraikan di atas adalah yang terkini. Saya percaya sebelum ini modus operandi beliau lain. Saya dapat maklumat dari rakan internet sebelum ini beliau cenderung sebagai counselor di laman web tertentu. Tidak mustahil modus operandi akan berubah.

Kepada yang 'terkena' sila buat laporan polis dan maklumkan kepada saya (melalui blog ni pun boleh, emel pun boleh)

Kepada yang prihatin, mungkin boleh sebarkan maklumat ini di blog, FB, emel, egroup masing-masing sebagai peringatan.

Terima kasih.

--------------------------

Update 13th Nov 2010, from a friend ..

Muka ada sikit mcm artis raisuddin hamzah tapi memang tak handsome, mata besar & kemerah2an. sebelah mata kiri besar drp kanan. kulit sawo matang ke arah gelap mcm org Jawa. rambut pendek kerinting tercacak. bermisai & trademark bingkai spec putih yg contrast dgn warna kulit, pakai kasut putih. smoker.....suka bila lighter yg pelbagai & satu lagi lighter yg sebijik mcm kunci kereta mewah.....digunakan utk memperdayakan mangsa menunjukkan dia ada kereta merah dgn special plate & driver yg dikenali sebagai 'Pak Din'. Tapi tak pernah tunjuk kereta dia....naik kereta mangsa je. Mangsa kadang-kadang disuruh pick up at UPM.....tetapi bila sampai sana....suruh tunggu di luar pintu keluar UPM di Petronas Station.
Dalam telefon ada karektor 'mama', papa, bibik, nenek & Pak Din.
wajah usia dalam 42- 45 tahun. tinggi & kurus.
no. telefon dia ada byk sgt.........phone pun ada 2-3.....pun curi agaknya. semua no. prepaid.
paling terbaru sehingga 10 nov.
017 6025 298/ 019 2387 270
012 913 0116
017 6093 524
019 680 3829
012 9319 473
013 9036 895 (pernah ada perempuan yg menyamar sebagai ibu angkatnya....Prof Dr. Jamilah menelefon saya)

-------------------
Update 14th Nov 2010, from a friend ..

Ini sendiket laa bro ....kerja dua tiga orang. Jantan tu cuma pelakon utama, tapi mesti ada kaki dia......ada aku jumpa sorang awek kat YM kena, awek tu siap ada laki lagi. Nasib ko laa bro. Ini turn site ko plak dorang hinggap. Tapi aku rasa dorang nanti diam sekejap, lepas tu bila dah reda dia datang balik. So, aku ingat ko kena kasi warning ni permanent.

-------------------
Ada apa-apa nak komen?

47 comments :

nur said...

dia siap jumpa family?? maksudnya..brp lama tempoh dia menipu?

Anonymous said...

kasihan kaum wanita..selalu kena tipu.. :(

Amry said...

mangsa yang kena tipu boleh bagi maklumat berkenaan rupa lelaki ni.

azrul said...

nur : 1-2 bulan.

amry: I'll get one.

Anonymous said...

daripada nombor henfone maxis itu juga boleh minta kerjasama dari pihak polis untuk buka fail maxis dapatkan maklumat peribadi sebenar penipu yang mengaku 'Dr Faizal' tu. Kerana kes ini serious melibatkan wang dlm akaun TH yang hilang tanpa dapat di kesan sebelum ini, kan?

azrul said...

Anonymous, benar, begitu juga dengan IP.

mza_252 said...

APAPUN BERHATI-HATI SEBELUM BERTINDAK,NANTI MENYESAL TAK SUDAH.SEKARANG NI BANYAK SGT PENIPUAN & KEJAHATAN BERLELUASA.

Anonymous said...

Septtnya penipu ni sng dtangkap sbb skrg ni nk daftar hp n broadband, semuanya perlukn IC. Wbgmpun mungkin ada kes yg lbh brt mjadikn mungkin kes ni akan dpandang remeh. Kesal sungguh bila ada yg ada amik kesempatan ke atas wanita2 ni. Moga Allah bg blsn yg setimpal ke atas penipu ni dan penipu2 lain yg mengambil kesempatan atas kepercayaan yg tlh dberikn.

azrul said...

salam, mungkin tak semudah yg disangkakan. Saya diberitahu polis dah terima banyak laporan. Saya jugak difahamkan pejabat MB johor juga ada terima 4 laporan. Still ia menjadi.

Amry said...

Kes ni banyak berlaku kat mana?sayang betul xde gambar

azrul said...

Salam amry, setahu saya di KL dan Batu Pahat.

Anonymous said...

berhati2 semua....

Mya de Luna said...

Then its the time to use cyber law to sue that person. This is all about justice and dignity.

Anonymous said...

pernah cht dengan dia dlm YM,, mmg dia mengaku pensyarh di upsi, n cara dia mengambarkn suasna di upsi juga betul.. sbb sy ex upsi. tp bila sy chck nama dia di bhgian staf upsi, x ade.. so pernah tnya dia sbb rasa sedkit musykil, n die terus x jwb.. so sy delete nama die dri YM..

azrul said...

Mya, dia tak buat apa yang agains cyber law, sivil law ada laa kot ..

Anonymous-4, I wonder who you are..

Anonymous said...

Elok lah En Azrul siarkan foto nya sekali.

azrul said...

Anonymous-5, saya tiada gambarnya. Sesiapa yang ada kawan dengan dia sekarang, boleh snap gambar dia, hantar kepada saya. Tkasih.

Anonymous said...

I am a male. Recently I received a spam from a lady "named" Aliyah Sayed or sumthin, claiming of English blood etc. As if we are impressed.

Another scheme in the works. Crap ass!

♥ hany ♥ said...

sy ada semak utk email yg faidaiskandar26@yahoo.com ada dalam facebook..

Anonymous said...

salam semua...sya mohon baik kaum llaki ataupun wanita yg baik dan ikhlas dlm perhubungan...sentiasa berhati2 jgn terlalu lurus sehingga terkena dan terpedaya dgn kes Dr.Faizal ni sehingga diberi dadah dlm minuman...mereka ni adalah sindiket n ramai di blkng tabir..

Anonymous said...

Hari ini, 26 November 2010,jam 5.30 petang, "Dr Faizal Iskandar bin Abdul Ghani" telah kecundang, jatuh ke tangan pihak yang berkuasa. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. (saya ada gambar terbarunya)

Anonymous said...

Syukur, Alhamdulillah. "Dr Faizal Iskandar bin Dato'Abdul Ghani" telah ditangkap oleh pihak berkuasa di Pengkalan Chepa, Kelantan pada 26 November 2010, jam 5.30 petang, berhampiran Universiti Malaysia Kelantan. "Dr" durjana itu telah berjaya memperdaya mangsa terakhirnya....(mangsa ke 17, yang dilaporkan)dan akhirnya "Dr Faizal Iskandar" yang nama sebenarnya Samsuri, terkulaiiiiii........

Anonymous said...

dah abis dah sejarah dr. faizal iskandar b. dato' abd ghani tuh...dia dah duk dlm lokap...tak lama lagi kena laa tindakan tuh....

aku budak civil said...

dr faizal penipu ini sudah berjaya ditangkap di kota bharu kelantan..pada ptg semalan dlm pukul 5.45.

Anonymous said...

perempuan kena tipu biasa kita dengar, perempuan menipu itu lagi banyak tapi berjanji nak kahwin sambil kikis duit sikit-sikit..at last rupanya jadi boyfriend ke 18 atu ke 19 atau ke 20...itu boleh buat report polis juga ke....hati-hati dalam ni pun ada juga...

Anonymous said...

Orang Macam ini kena buat perangkap sampai dia jerat dengan perangkap..

Anonymous said...

report kat www.cybersecurity.org.my
or
SMS
CYBER999 REPORT to 15888

Phone Call
Office Hours: 1-300-88-2999 (9:00 AM – 6:00 PM)
24x7 (Emergency): +6019 - 266 5850

Fax
+603 - 8945 3442

kena kasi tangkap scams cam nie cepat2 :P

hUMAiRAhaSAn said...

yM sy Ada id dia.FAizal ISKanDAR abDUL gHANi,muNGkiN DIA.tapI,ALhamDULilaH SELama SY kenaL DIA xpNH plaK la DIA mTak aPA2,MUngkIN SY buKAn DATin..
Kui KUi kUi...

Unknown said...

slam. saya nak mintak izin copy dan share yer.

azizan ahmad said...

senang je, kepada kaum hawa yang benar-benar cari pasangan. beritahu saja mana mana mamat, jika benar jujur sila tunjukkan kad pengenalan terlebih dahulu, dapatkan salinan sebelum beri wang, buka akaun atau kad kredit. jika mamat tu marah kena buat begitu, terangkan kpd dia, keadaan dalam intenet sekarang sudah ramai musang bertali leher...
jika dia kata duda atau bujang, minta nombor kad pengenalan dan periksa di mana-mana jabatan agama, mereka akan check status, sekarang ni online, pergi mana-mana jabatan agama. akhir sekali jika benar ada mana-mana kaum hawa yang berusia 40 ke atas, saya rela menjadi teman dan bila bila saya boleh salinan kad pengenalan malah salinan surat beranak pun boleh. 016 3302346

Anonymous said...

alaa..dalam my jodoh net ni sume penipu..terutama suami2 org..klau mengaku suami org pun ..tipu kata bini bagi berpoligami..bila bini tau habis rumahtangga tunggang langgang...nak salahkan sapa??ruangan ni pun sama salah..mengalakkan org jantan cari dua tiga bini walaupun x layak...

Anonymous said...

salam..sya nak kongsi sedikit..dlu sya penah reg kt myjodoh tp lupe password then reg kt sites luarnegara.kt situ lah sya kena tipu...modus operandi sebijik mcm sama..ada pihak ketiga yg ngaku sebagai mak akan call kite.sya bankin duit lesap hingga ke hari ini..report polis pun x jln..dh 6bln xde berita.polis kata ramai yg kes sama mcm sya..mrk ni licik xnk pki Fb tp YM jd x nampak..nombor pun byk biler kita call nyamar jd kwn dia buat2 xkanal kite..

Anonymous said...

zaman it sekarang ni mcm2 yg terjadi ... mereka sanggup gunakan ilmu itam utk dptkan duit...hanya dgn sekeping gambar, bertaun2 merana...x cukup pada tu, sanggup menipu 1 family...ibarat kena pukau 1 family percaya... x sangka peempuan leh buat cam tu...sampai bila mereka nak makan hasil mcm tu....duit yg diperolehi secara haram rasanya x ke mana... x berkat...islam atas nama islam je... tp tahu apa itu islam.... moga kiter dilindungi olehNya...

Anonymous said...

Menjadi penyamar waktu benda maseh bertenaga nie memang lah siok..kata john,tak perlu ilmu tok batin lo..apa2 ..cuma mulut misti pandei berkata2 dan berlakun...pakaiaan misti looks smart dan ado duit dalam poket untok pelaburan strsgidik seterus nya ..lagi baik...kalo tanah dah di korek dgn sempurna dah tentu tentu jiwa raga dan harta diserahkan seterus nya...tapi yang aku hairan kata john..bila dah dapat satu yang yang lain lak bersedia menunggu..semacam tarikan magnetic lak..lebeh kurang ..semacam kumbang terbang bebas..menyedut madu dari bunga ke bunga yg lain, tampa ado halangan...mungkin syaitan berselindung di dalam diri mu kata ku..kat john...siok tu memang lak siok..dah merasei berbagai bentuk telaga malam dan perilakuan...bertaubat lah kamu kata aku kat john..yg menundok kan kepala nyo ke bumi..terlintas dek aku..ado kah dia insaf... ingatkan mati...atau kesedaran diri terhadap kelazatan dosa2 yg di lalui..terpikir bermemohon keampunan ILLAHI aku tak dapek nok selami hati naluri die...wallahuallam

Anonymous said...

mamat penipu ni dah kena belasah kat Kota Bharu.. dah kena tangkap polis sekian...

Anonymous said...

Ada juga sorang lagi, suka guna nama Dr. Tengku Faizal, tapi dia licik dan tak obvious sangat, setakat ni tak dengar dia curi duit tabung haji, hanya dengar dia tipu perempuan guna modus operandi yg sama macam Dr. Faizal, jumpa family, nak masuk meminang dsb. Dia masuk myjodoh website dan a few women dapat kesan dia, sekarang tak tau samada dia masih aktif menipu ke tak...
Pernah report ke myjodoh tapi tak dilayan

Anonymous said...

saya pernah ditipu dgn seorang lelaki yg menggunakan nama ahmedabdul di ruangan ini..tlg en azrul delete kan dia dlm list , sbb kalau dibiarkan lagi ramai yg kena tipu. sy buat report polis berkaitan hal ni sbb dh habis ribu jugak masuk duit utk dia tp akaun tu atas nama india, dan pihak bank ckp sekitar klang

Amry said...

kes ni ada perkembangan baru ke?

Anonymous said...

Kerajaan patut mengadakan disekolah-sekolah pelajaran untuk mengenal yang benar antara yg bathil. Ilmu sebegini dinamakan Ilmu mantiq atau dalam bahasa inggerisnya, logic. Saya perhatikan diUniversity negara ini pun tiada atau tidak meluas mengajar ilmu logic ini.

Anonymous said...

kepada sesiapa sahaja....ambil sikap berhati2 dan jangan percaya 100 peratus. yang penting elakkan diri anda dari jadi mangsa penipuan.....

yang kena tipu tu semua angau nak kawin....tak kena dot dot dot pun kira ok dah.

Anonymous said...

Thanks for the info.
You have posted quite detailed info on this. I got cheated once via MyJodoh, very painful experience. Alhamdulillah belum lagi sampai kehilangan duit dan sebagainya. Aduan dibuat supaya tiada insan lain yang terkena tapi sampai ke hari ni tiada satu pun balasan. I actually believed that you all did not care. But surprised that such detailed info and advice was given for this case of Dr Faizal. Ada double standard untuk aduan yg dibuat?? Sila jawab dan terima kasih.

Anonymous said...

salam semua, pada saya, kalau ada gambar dia pun tak guna juga sebab dia boleh letak gambar sapa-sapapun dia nak, yg paling bagus perangkap dia, ikut rentak dia dan kemudian terus tangkap redhanded ajer.... kena bentuk satu barisan pelakun2 untuk perangkap org2 mcm tu...

Anonymous said...

kesian ye perempuan ni....asyik kena tipu aje...sila baca iluvislam.com ttg jodoh. Good article for us women...Cari jodoh boleh, tapi kalau asyik kena tipu @ possibility utk ditipu, maybe it give us a sign to stop looking, for a while....

Anonymous said...

sama lar bro..saya pun penah dpt email dr yg mengaku tuan punya diri 'Aliyah Sayed' kata ny ank mixed n skarang kt Manchester United, bila2 aja akan balik k Malaysia konon nya nk lihat tanahair mak ny setelah sekian lama mmg x pnh k sini...n lg sedap nk bt propety kt sini dgn skit investment spt hartanah dll...mula ny sy layan tp bl kecoh tgh tahun lepas 2010 pasal keldai dadah lar, sedikit penipuan melalui internet mbabitkn anta2 barang kt KLIA, n byk lg...sy x layan dh...

cuma ny bl sy tany mana tau nama sy..diakata melalui ruang My Jodoh...kepada cik azrul minta pantau atau pk klu ada cara lain n para pria minta hati2 dgn pompuan mcm nh....sekian tq

Anonymous said...

kesian wanita2 yg terlibat....niat mereka ikhlas tapi ditipu pula dgn manusia penipu....:(

Anonymous said...

berhati-hati la...
manusia mcmni xde peri kemanusiaan lngsung

Aree Tone WoW said...

Salam...nasihat saya kepada wanita yang nak berkahwen dan sdang mencari pasangan...jgn terlampau memilih...inilah padahnya....