Monday, June 06, 2005

Entah kenapa, terasa macam tak bes jer time pak lah memerintah ni. Tak ada langsung yang mem'benefit'kan rakyat. Mula-mula sekali rokok dan alkohol naik, petrol, deisel, ayam pun naik, teh ais pun naik, tambang bas pun naik.

Dah ler gaji pekerja swasta macam adik saya tu tak naik. bila tambang naik. kurang ler duit dia nak kasi kat parent.

Worse, kilang kat penang pun banyak tutup, company trucking bungkus. Tol BKE, kulim, naik. Kalau tak salah saya, Dr. M tinggalkan negara ni kat dia dalam keadaan yang tak payah dok buat amende dah. Touchup sket sket jer.

Negara memang mengalami krisis kewangan sejak dulu, tapi cara Dr. M 'korek' duit rakyat lain. Banyak menggunakan cara pinjam sat, lepas rolling, amik balik. Pak Lah plak, habis hutang PTPTN dia korek, tu kira ok la. Ni yang saman-saman ni. Bagi polis green light untuk jalankan operasi memanjang. generate income dengan kutip saman, kompaun. Borang cukai tak hantar pun kena kompaun.

Tuhan pun tahu manusia buat salah, undang-undang tuhan adalah untuk mengajar manusia supaya jgn dok buat salah. undang-undang paklah bersifat merompak. bukan bermaksud menggalakan orang buat salah, tapi lebih bermaksud kalau tak der orang buat salah, boleh bankrap dia.

Islam Hadhari Pak Lah pun entah ke mana sebenarnya. budak muda pun boleh kena mahkamah sebab tak pergi khidmat negara, yang berzina still kena fine RM500 sahaja. jeslina hashim lepas cam tu saja.

Tak boley laa .. mamat ni tak sesuai langsung jadi PM. Dr M bleh lantik dia sebab dah tak ada langsung choice. Patutnya belaiu boleh jadi satu inspirasi yang baik. Ini tidak, berucap pun tak der langsung unsur ilmiah. semua yang dia cakap, semua orang dah tahu .. nothing new.

Somehow I feel that our life is just getting worse and worse....

tak mustahil, lepas ni bN tak kan perintah malaysia dah. sebab apabila rakyat dah selesa dengan konsep 'peralihan' kuasa. tak mustahil rakyat boleh terima perahilan kepimpinan negara dengan baik, eg PAS ker.

Lagi pun PAS sekrang dah berubah banyak. Mereka dah sedar peranan mereka lebih penting dalam masyarakat. Selain dari membahas isu semasa, mereka boleh memainkan peranan yang baik dalam membela nasib rakyat tak tertindas di bawah pemerintahan pak lah. cuma PAS kena bersikap mesra rakyat sket, dakwah perlukan ilmiah. rasulullah saw contoh yang paling baik.

sekarang ni, kalau saya di meja makan bersama dengan semua ahli umno, ada yang melobi untuk saya mengundi pak lah. maaf. demi masa depan anak saya, saya tak dapat sokong pak lah. pak lah tak ada ketokohan memimpin. lembik. kalau sekarang ni tak dapat membawa sebarang keuntungan secara keseluruhan, apatah lagi pada masa hadapan. Lain ler kalau anak saya tu polis kerr ...

hmm .. yang anwar plak ... hmm entah laa .. Malaysia oh negeri ku malaysia.
Ada apa-apa nak komen?

No comments :